Harian Metro

Bawa pulang kunci empangan

-

Alor Gajah: Kerakusan pihak tidak bertanggun­gjawab mencuri kunci empangan tali air di tiga kampung di Durian Tunggal, di sini, mengakibat­kan pesawah terpaksa membawa pulang alat berkenaan.

Selain itu, pesawah juga terpaksa merantai kunci berkenaan bagi mengelakka­n ia menjadi sasaran pencuri dipercayai untuk dijual bagi mendapatka­n pulangan agak lumayan.

Berikutan pengalaman pahit kehilangan seunit kunci air sebelum ini, Ketua Kelompok Pesawah Kampung Belimbing Dalam, Beringin dan Parit Melana, Zainudin Ahmad, 72, terpaksa meminta kebenaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membawa pulang kunci berkenaan.

“Sebelum ini ada satu kes kecurian kunci empangan dan ia menyebabka­n JPS terpaksa menggantik­annya, tetapi kali ini biar kami yang menyimpan kunci itu bagi mengelakka­n ia dicuri.

“JPS membenarka­n kami berbuat demikian dan ada satu lagi kunci empangan yang kami tidak bawa pulang, sebaliknya dikunci dengan rantai,” katanya di sawah Kampung Belimbing Dalam di sini, semalam. Kuala Terengganu: Selepas usaha untuk mempertaha­nkan rumah pusaka mereka daripada dirobohkan gagal, keluarga yang sebelum ini mendiami rumah di Kampung Tanjung Taman Selera itu memfailkan tuntutan saman RM30 juta terhadap kerajaan negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Rumah kayu tradisiona­l dua tingkat dibina pada 1941 itu dirobohkan pihak berkuasa pada 21 November tahun lalu.

Wakil keluarga berkenaan, Wan Mohamad Anwar Wan Yusof, 52, mendakwa keluargany­a mempunyai bukti kukuh rumah dan tanah terbabit milik mereka.

“Ketika surat ikatan jual beli dikeluarka­n selepas arwah ayah saya membeli tanah ini daripada ibu saudaranya Wan Mek Wan Yaacob pada 1971, ada wakil daripada kerajaan negeri ketika itu menjadi saksi.

“Surat itu masih ada dan sudah diserahkan kepada peguam kami,” katanya.

Menurutnya, tindakan saman itu diambil bagi mendapatka­n keadilan kepada keluargany­a terutama arwah ayah mereka Wan Yusof Abdul Kader.

Dua tahun lalu, Harian Metro pernah melaporkan mengenai seorang lelaki yang membuat tuntutan RM20 juta sekiranya kerajaan mahu merobohkan rumahnya bagi tujuan pembanguna­n.

Namun pada 21 November tahun lalu, rumah kayu berusia 77 tahun itu menyembah bumi selepas dirobohkan pihak berkuasa.

 ??  ?? ZAINUDIN (kiri) terpaksa merantai kunci empangan tali air bagi mengelakka­nnya dicuri di Durian Tunggal.
ZAINUDIN (kiri) terpaksa merantai kunci empangan tali air bagi mengelakka­nnya dicuri di Durian Tunggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia