Harian Metro

Melecur selamat Bintang

-

Sandakan: “Melecur tidak mengapa. Saya bersyukur rumah tidak terbakar dan kucing itu pemberi tuah,” kata Abidin Salman, 54.

Abidin adalah mangsa yang melecur pada lengan kanan serta belakang kepala dalam kebakaran membabitka­n 34 rumah di Kampung Air, Batu Sapi, dekat sini, Ahad lalu.

Menceritak­an kejadian itu, bapa lima anak itu berkata, dia dihubungi isteri jam 4.30 pagi memaklumka­n kawasan perkampung­an atas air berkenaan terbakar.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n di Padang Bandaran bertugas sebelah malam ketika kejadian bergegas pulang dan selepas mendapati anak serta isteri sudah menye- lamatkan diri, dia berpatah balik ke rumah selepas teringat tiga kucing dipelihara sejak dua tahun lalu.

“Pulang semula ke rumah, saya lihat Bintang berada atas meja, tidak lari meskipun api dari rumah jiran yang cuma tiga meter dari rumah saya mula menyambar bumbung.

“Biasanya sifat haiwan lari apabila sedar ada musibah namun Bintang tidak lari. Saya lihat api bergulung-gulung seperti mahu menyambar rumah saya namun tak terbakar,” katanya.

Bercerita lanjut, Abidin berkata, dia sempat memberi minum kepada Bintang sebelum terduduk selepas terasa sakit pada tangan kanan dan belakang kepala akibat terkena wap panas.

Katanya, selepas itu anggota bomba tiba dan dia bersyukur terselamat dalam kejadian itu, selain rumahnya tidak terbakar.

“Mungkin ia tuah saya kerana memelihara Bintang. Selain kucing, saya turut pelihara ikan. Dulu, saya pernah memelihara 28 anjing ketika jadi pengawal keselamata­n di kilang,” katanya sambil memberitah­u turut mengadakan majlis doa selamat kelmarin susulan kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia