Harian Metro

Akur keputusan mahkamah

-

Bahru: “Kami terima keputusan mahkamah dengan reda,” kata Mohd Gadaffi Md Karim, bapa kepada pelajar tahfiz, Allahyarha­m Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada 26 April lalu.

Komen ringkas itu diberikan Mohd Gadaffi sebagai reaksi keputusan Mahkamah Koroner di Johor Bahru, semalam jangkitan atau bukan jangkitan. Jadi dalam kes ini, ia bukan disebabkan jangkitan kuman kerana menunjukka­n tanda negatif, tetapi sebaliknya.

“Apabila ujian dilakukan, dapat dikesan ada kuman kencing tikus di bahagian kiri dan kanan buah pinggang mangsa,” katanya.

Beliau berkata, keterangan itu juga konsisten dengan saksi inkues memutuskan kematian anak lelakinya yang meninggal dunia pada 26 April 2017 sebagai bukan jenayah.

Mohd Gadaffi berkata, meskipun sedih dengan situasi menimpa arwah anaknya itu namun beliau akur keputusan mahkamah berkenaan.

“Nak kata sedih, memang saya sedih, tak tahu nak komen apa, tapi kami sekeluarga reda dengan keputusan itu.

“Kita mempunyai undang-undang dan saya terima keputusan itu dengan reda,” katanya ketika dihubungi, semalam. membabitka­n ibu, ayah, bapa saudara dan sepupu yang memaklumka­n mangsa pergi ke sebuah kolam mandi di Jalan Mawai.

“Penyakit kencing tikus boleh dikenali sebagai

dan berkemungk­inan terlepas pandang disebabkan oleh pelbagai presentasi klinikal.

“Jadi tiada sesiapa bertanggun­gan secara jenayah sama ada perbuatan atau peninggala­n kematianny­a,” katanya.

Mengenai persoalan kematian si mati disebabkan oleh sesiapa, katanya, bukan Mohamad Thaqif saja dikenakan hukuman tetapi juga pelajar lain.

“Hukuman itu di tapak kaki dan tiada keterangan yang menunjukka­n terdapat kesan lain di bahagian badan dan anggota lain.

“Ibunya juga menyatakan ketika mendaftar keluar anaknya, tidak nampak apa-apa kesan pukulan lebam pada bahagian kaki,” katanya.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup dikemukaka­n di mahkamah mendapati hukuman dilihat minimum dan tidak fatal, apatah lagi menyebabka­n kematian.

Keputusan kes itu dibentangk­an di hadapan Pengarah Pendakwaan Negeri, Roslan Mat Nor dan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin.

 ?? Mohd Gadaffi Md Karim ?? Nak kata sedih, memang saya sedih, tak tahu nak komen apa, tapi kami sekeluarga reda dengan keputusan itu”
Mohd Gadaffi Md Karim Nak kata sedih, memang saya sedih, tak tahu nak komen apa, tapi kami sekeluarga reda dengan keputusan itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia