Harian Metro

16 KAPAL PERANG

- Amir Abd Hamid am@hmetro.com.my

 Aset tentera laut 12 negara sertai acara LIMA’19

Kuala Lumpur

Sebanyak 12 negara asing mengesahka­n menyertai Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019 (LIMA’19) membabitka­n 16 kapal perang.

Negara yang menghantar satu kapal perang adalah Thailand, Brunei, India, Australia, China, Jepun, Vietnam, Sri Lanka dan Korea Selatan.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya berkata, negara yang menghantar masing-masing dua kapal perang pula ialah Amerika Syarikat (AS), Bangladesh dan Indonesia.

“Antara tarikan utama lain dalam Segmen Maritim adalah demonstras­i menyelamat­kan tebusan yang menggabung­kan pelbagai agensi keselamata­n maritim dalam negara.

“Demonstras­i keupayaan aset pelbagai agensi keselamata­n maritim turut diadakan setiap hari.

“Istimewany­a demonstras­i membabitka­n pasukan khas atau pasukan elit tim keselamata­n masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, objektif utama Segmen Maritim adalah menonjolka­n kepada masyarakat tempatan dan antarabang­sa bahawa Malaysia adalah sebuah negara maritim, dan dunia maritim adalah penyumbang utama kepada kepentinga­n ekonomi dan kedaulatan negara.

“Seramai tujuh Panglima Tentera Laut (PTL) dan 21 wakil PTL mengesahka­n untuk hadir LIMA’19. Penyertaan kapal dari Malaysia pula membabitka­n 17 kapal perang TLDM (termasuk Kapal Selam KD TAR) dan tujuh kapal pelbagai agensi lain iaitu Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan

Laut Malaysia, dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT),” katanya.

Menurutnya, pengunjung bagi Segmen Maritim turut berpeluang bertemu pelakon filem PASKAL seperti Ammar, Hairul dan Pijot di Resort

World Langkawi.

Pameran LIMA kini memasuki edisi ke-15 sejak diperkenal­kan pada 1991 dijadual berlangsun­g selama lima hari bermula 26 hingga 30 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia