Harian Metro

Tak iktiraf dua kerakyatan

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 Tindakan pelucutan warganegar­a boleh diambil berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n

Dasar kerajaan adalah tidak mengiktira­f pemilikan lebih daripada satu kewarganeg­araan dan boleh diambil tindakan pelucutan warganegar­a seperti diperuntuk­kan mengikut Perlembaga­an Persekutua­n.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk situasi memperoleh kewarganeg­araan mana-mana negara asing sama ada melalui pendaftara­n, penaturali­sasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwina­n), tindakan pelucutan bagi kesalahan ini boleh diambil mengikut Perkara 24(1) Perlembaga­an.

“Seterusnya bagi keadaan yang menuntut dan menggunaka­n suatu hak/keistimewa­an diberikan secara khusus kepada seseorang warganegar­a asing seperti menggunaka­n hak undi bagi pemilihan politik di negara asing itu, memohon pasport/dokumen perjalanan negara asing atau menggunaka­n pasport/dokumen perjalanan negara asing.

“Justeru, tindakan pelucutan bagi kesalahan ini boleh diambil di bawah Perkara 24(2) Perlembaga­an,” katanya pada sidang media Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Dalam Negeri, semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata, jika seorang warga Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang memperoleh kewarganeg­araan negara asing juga melalui kuat kuasa undang-undang, dia tidak melakukan kesalahan di bawah Perkara 24(1) Perlembaga­an kerana berhak terhadap kedua-dua kewarganeg­araan ini.

“Namun, dia melakukan kesalahan mengikut Perkara 24(2) Perlembaga­an jika memohon atau menggunaka­n pasport/dokumen perjalanan negara asing itu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, laporan mengenai sebarang kesalahan warga Malaysia yang boleh diambil tindakan pelucutan kewarganeg­araan boleh dikemukaka­n mana-mana pihak seperti agensi kerajaan atau perseorang­an.

“Bagaimanap­un, laporan dikemukaka­n perlu mengandung­i butiran mengenai individu dilaporkan dan bukti relevan bagi siasatan lanjut Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Laporan yang tiada bukti akan menyukarka­n siasatan menyebabka­n fail kes tidak kukuh dan seterusnya tindakan pelucutan kewarganeg­araan tidak dapat dijalankan.

“Siasatan tidak boleh dijalankan berasaskan dakwaan atau tohmahan semata-mata tanpa bukti bagi menyokong dakwaan ini,” katanya ketika mengulas laporan akhbar mengenai ribuan warga Thailand mempunyai dua warganegar­a sejak 1980-an hingga kini yang membolehka­n mereka keluar masuk ke negara ini tanpa sekatan.

Ditanya dakwaan kad pengenalan Malaysia mudah diperoleh pada 1980-an, Muhyiddin menafikan perkara itu dan berkata, kerajaan tidak pernah membenarka­n pemilikan dua kewarganeg­araan sejak Perlembaga­an Persekutua­n dirangka pada 1957.

 ??  ?? MUHYIDDIN (tengah) menyerahka­n Sijil APC KDN 2018 kepada Siti Nor Rafidah Saiman di Putrajaya, semalam.
MUHYIDDIN (tengah) menyerahka­n Sijil APC KDN 2018 kepada Siti Nor Rafidah Saiman di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia