Harian Metro

56 suami didera isteri

- Hairulazim Mahmud am@hmetro.com.my

 Jadi mangsa keganasan rumah tangga termasuk dicederaka­n secara fizikal

Bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sebaliknya 56 lelaki turut direkodkan mengalami nasib sama di negara ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatka­n lelaki malang terbabit menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari Jun 2017 hingga Jun tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu adalah 5.4 peratus daripada 1,037 keseluruha­n kes.

“Kes paling tinggi dilaporkan adalah 484 kes iaitu mencederak­an mangsa secara fizikal dan 401 kes sengaja membuatkan mangsa dalam keadaan ketakutan.

“Manakala sebanyak 69 kes adalah penderaan secara psikologi dan emosi serta 30 kes melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabka­n kesedihan dan kegusaran,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) yang mahu tahu jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2017 hingga kini dan jenis keganasan yang dilaporkan serta langkah membendung gejala itu.

Yeoh berkata, kementeria­n sudah memperbaik­i pindaan berkenaan Akta Keganasan Rumah Tangga.

Katanya, pihaknya juga memperting­katkan lagi usaha melindungi mangsa dengan cara memberi perintah pelindunga­n sementara, memindahka­n mangsa supaya tinggal berasingan atau kembali ke rumah ibu bapa dan saudara mara.

 ?? Yeoh ?? Kes paling tinggi dilaporkan adalah 484 kes iaitu mencederak­an mangsa secara fizikal dan 401 kes sengaja membuatkan mangsa dalam keadaan ketakutan”
Yeoh Kes paling tinggi dilaporkan adalah 484 kes iaitu mencederak­an mangsa secara fizikal dan 401 kes sengaja membuatkan mangsa dalam keadaan ketakutan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia