Harian Metro

Tolak 3 rayuan Najib

- BERNAMA

Mahkamah Rayuan di sini, semalam menolak tiga daripada empat rayuan dikemukaka­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara interlokut­ori dalam tuduhan jenayah dihadapiny­a membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan mencapai keputusan sebulat suara.

Bagi ketiga-tiga rayuan yang ditolak itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi tidak ada membuat apa-apa kesilapan yang boleh dirayu yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Rayuan itu termasuk permohonan Najib untuk mendapatka­n perintah menghalang media dan orang awam daripada membincang­kan merit kes dihadapiny­a, akses kepada dokumen siasatan termasuk keterangan saksi pada peringkat praperbica­raan serta tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas menarik semula sijil pemindahan tujuh tuduhan dihadapiny­a berhubung dana SRC Internatio­nal dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah hanya membenarka­n rayuan Najib untuk mendapatka­n salinan surat lantikan yang memberi kuasa kepada peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap kes SRC Internatio­nal dihadapiny­a.

Hakim Rhodzariah membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintah­kan pihak pendakwaan menyerahka­n salinan surat lantikan itu kepada Najib.

Najib, 66, yang juga Ahli Parlimen Pekan menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan menyalahgu­nakan kedudukan beliau berhubung dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta. Beliau juga menghadapi tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah wang yang sama.

 ??  ?? NAJIB ketika hadir ke mahkamah, semalam.
NAJIB ketika hadir ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia