Harian Metro

Kes Rosmah, Rizal dibicaraka­n bersama

-

Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan sudah memfailkan permohonan supaya tiga kes yang membabitka­n isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dibicaraka­n bersama dengan kes dihadapi bekas pegawai khas beliau, Datuk Rizal Mansor.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata demikian ketika sebutan semula kedua-dua kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohamed Zaini Mazlan.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 24 April depan untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status permohonan itu.

Tiga kes itu adalah dakwaan berhubung projek bersepadu sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak, pengubahan wang haram serta kegagalan Rosmah mengemukak­an penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sementara itu, Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah ketika ditemui berkata, sepatutnya semalam adalah untuk mendengar permohonan semua kes itu untuk dibicaraka­n bersama.

Bagaimanap­un, katanya, ia tidak dapat dilakukan kerana kes solar membabitka­n Rosmah masih belum disebut di Mahkamah Tinggi walaupun ia sudah dipindahka­n.

Pada 4 Oktober 2018, Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 serta lima tuduhan gagal mengisytih­arkan pendapatan­nya kepada LHDN.

Bagi kes membabitka­n projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak, Rosmah didakwa atas dua tuduhan meminta rasuah berjumlah RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta, dua tahun lalu.

Rizal, 45, pula mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah membabitka­n projek sama.

 ??  ?? ROSMAH ketika keluar dari mahkamah, semalam. Gambar sebelah, Rizal.
ROSMAH ketika keluar dari mahkamah, semalam. Gambar sebelah, Rizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia