Harian Metro

Buka Bazar Ramadan terbesar

- Mohamad Hussin mohamad_hussin @hmetro.com.my

 MPTN, Build Up Resources meterai perjanjian persefaham­an anjur di Shah Alam, Bukit Jalil

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dengan kerjasama Build Up Resources Sdn Bhd (BUR) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dalam penganjura­n Karnival Jom Heboh (KJH) dan Grand Bazar Ramadan Raya 2019 (GBRR) di Sri Pentas di sini, semalam.

Pemeteraia­n MoU itu disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak dan Pengerusi BUR, Datuk Mohd Azizan Che Omar.

Majlis turut disaksikan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Johan berkata, KJH adalah acara padang terbesar anjuran TV3 yang akan diadakan selama dua hari di Bulatan Bazarena, Shah Alam pada 27 dan 28 April depan.

Beliau berkata, GBRR 2019 sebagai bazar terbesar dalam sejarah penganjura­nnya di Stadium Shah Alam pada 4 Mei hingga 2 Jun dan Stadium Bukit Jalil pada 16 Mei hingga 4 Jun.

“GBRR 2019 menyasarka­n untuk catatan

sebagai bazar terbesar dan lemang terpanjang.

“Bagi musim perayaan Ramadan dan Raya, TV3 dan BUR akan meneruskan kerjasama menganjurk­an GBRR terbesar yang dilihat sebagai platform kepada komuniti usahawan.

“Ia membabitka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor dan Kuala Lumpur memasarkan perkhidmat­an dan produk mereka,” katanya.

Menurutnya, BUR akan menyediaka­n 436 unit gerai di Bukit Jalil manakala 134 di Shah Alam.

“Ia akan beroperasi dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari bekerja manakala 11 pagi hingga 12 tengah malam pada hujung minggu dan cuti umum.

“Kami menyasarka­n lebih

500,000 pengunjung akan hadir di dua lokasi berkenaan.

“Hasil jualan lemang terpanjang ini akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3. Tarikan lain program ialah acara solat berjemaah bersama tahfiz dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim,” katanya.

Johan berkata, semua jenama dan vendor dialu-alukan untuk menjual barangan produk mereka di GBRR 2019 seperti pakaian, aksesori peribadi, produk kesihatan dan kecantikan, barangan elektrik, perabot, hiasan dalaman rumah, aksesori telefon, kuih raya dan pelbagai minuman serta makanan.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i MPTN di talian 03-77266333 atau melayari laman web di www.mediaprima.com.my.

 ??  ?? JOHAN (kiri) dan Mohd Azizan (kanan) bersama Mohd Redzuan pada majlis menandatan­gani MoU antara MPTN dan Build Up Resources di Petaling Jaya, semalam.
JOHAN (kiri) dan Mohd Azizan (kanan) bersama Mohd Redzuan pada majlis menandatan­gani MoU antara MPTN dan Build Up Resources di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia