Harian Metro

Kejutan buat Tuanku

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

 Hari Keputeraan Sultan Ibrahim dirai ketika rasmi pembukaan JPO

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menerima kejutan manis apabila diraikan sempena Hari Keputeraan baginda ketika mencemar duli menyempurn­akan Majlis Pembukaan Rasmi Johor Premium Outlets (JPO) di sini, semalam.

Baginda diraikan dengan upacara memotong kek sambil didendangk­an lagu selamat hari lahir oleh ratusan tetamu majlis itu.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut memotong reben serta menandatan­gi plak sebagai gimik menyempurn­akan JPO serta mengadakan lawatan ke butik di sekitar pusat beli-belah itu.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Tay berkata, perasmian berkenaan sempena penyiapan pembinaan fasa ketiga pusat membeli-belah berkenaan.

Beliau berkata, JPO beroperasi mulai Disember 2011 dan menawarkan 150 jenama serta fesyen terkenal.

Menurutnya, JPO yang dibangunka­n di kawasan seluas 18 hektar dikenali sebagai syurga membeli-belah terkenal dalam kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong asing.

“JPO berusaha mentransfo­rmasi industri pelanconga­n serta mencipta segmen baru dalam pasaran serta menyumbang kepada pembanguna­n pesat Iskandar Malaysia.

“Kira-kira 4.5 juta pengunjung tidak melepaskan peluang membeli-belah di JPO setiap tahun.

“JPO mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, membantu kerajaan negeri membina dan membangunk­an sumber manusia, memupuk pembanguna­n bakat dan membawa pelbagai manfaat,” katanya.

 ??  ?? SULTAN Ibrahim memotong kek sempena Hari Keputeraan baginda pada Majlis Perasmian JPO di Kulai, semalam.
SULTAN Ibrahim memotong kek sempena Hari Keputeraan baginda pada Majlis Perasmian JPO di Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia