Harian Metro

Rashidi akui sayang Vanidah

-

Kuala Lumpur: Pelakon Rashidi Ishak mengakui menyayangi dan tetap membuka pintu hati untuk bekas isteri, Vanidah Imran walaupun tidak lagi hidup sebagai suami isteri.

Kata pelakon filem Sindiket itu, anak, keluarga dan rakan turut memujuk mereka berbaik semula namun belum tiba masanya lagi untuk memikirkan perkara itu.

“Sudah pasti masih sayang. Siapa tak sayang, 17 tahun berkahwin dan 18 tahun berpacaran.

“Masa cerai pun saya cakap dengan dia, beritahu terus mencintain­ya sehingga hujung nafas, tanpa syarat dan tidak berpenghuj­ung.

“Memang anak, rakan dan keluarga pujuk kami berbaik tetapi rasanya belum masanya lagi kerana baru saja melalui situasi ini.

“Kami gembira dengan jalan yang kami pilih. Kalau ada, saya tidak pernah tutup hati untuk dia,” katanya.

Selepas mendedahka­n status rumah tangganya menerusi Instagram semalam, timbul spekulasi Rashidi ada pengganti berikutan gambar Fify Azmi banyak dimuat naik di akaun laman sosialnya.

Menjelaska­n perkara itu, kata Rashidi, hubunganny­a dengan wanita itu hanya rakan dan gambar berdua di Instagram itu sempena kempen memperkena­lkan jenama minyak wangi.

“Dia bekas pekerja saya ketika bertugas di stesen radio Internet, Peace Yall FM. Saya tidak ada hubungan istimewa dengan Fify.

“Ketika merancang untuk kempen minyak wangi, saya minta bantuan Fify. Kalau panggil pelakon kelas A, bayaran mereka tinggi sedangkan bisnes ini pun baru bermula.

“Saya simpati dengannya kerana warganet serang dia di Instagram. Saya jelaskan saya tiada siapa-siapa dan fokus kini pada anak, bisnes, promosi filem dan penggambar­an yang bermula April nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia