Harian Metro

PKS sumbang 41 peratus KDNK 2020

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) yakin perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu menyumbang sehingga 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dicapai menjelang tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, usahawan perlu memberi tumpuan dan menembusi sektor eksport serta mengambil peluang yang tersedia di pasaran dunia.

“Fokus kepada cabang eksport juga berpotensi untuk membantu dalam mencapai sasaran 41 peratus sumbangan PKS kepada ekonomi negara.

“Walaupun sumbangan ketika ini sekitar 38 peratus, kita masih yakin ia mampu mencecah 41 peratus menjelang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pihak kementeria­n turut melaksanak­an pelbagai inisiatif seperti Rangka Kerja Keusahawan­an Nasional (NEF) bagi memastikan semua usahawan menyedari misi serta menyahut cabaran dan peluang yang ditawarkan.

“Apa yang penting, kita mahu memajukan sektor keusahawan­an negara, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar mahupun hab pemindahan barang.

“Jadi antara usaha yang kita akan laksanakan adalah dengan memberi tumpuan bagi menggalakk­an eksport dalam kalangan PKS supaya mereka lebih berdaya maju,” katanya ketika ditemui selepas berucap pada Persidanga­n Kebangsaan Industri 4.0 di sini, semalam.

Persidanga­n sehari itu menghimpun­kan peserta dan pakar industri bagi membincang­kan mengenai masa depan dunia keusahawan dengan kehadiran Industri 4.0 serta teknologi baru.

Hadir sama, Pengarah Kingsley Strategic Institute, Datuk Kamalul Arifin Othman dan Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Redzuan berkata, kumpulan PKS tempatan terdiri daripada 98.5 peratus daripada perniagaan di Malaysia dan untuk kekal kompetitif, mereka perlu berdepan dan mempraktik­kan elemen Industri 4.0.

Menurutnya, pada 2017, PKS menyumbang 37.1 peratus kepada KDNK dan menggajika­n lebih 70 peratus daripada keseluruha­n pasaran pekerja pada tahun berkenaan.

“Malah, berdasarka­n Laporan Ekonomi 2018/2019 yang dikeluarka­n Kementeria­n Kewangan, kebanyakan PKS tidak menggunaka­n sepenuhnya kemudahan Internet disebabkan masalah kekurangan kemahiran digital, akses kepada bakat dan kos tinggi.

“Pihak kementeria­n turut mendapati PKS hanya menggunaka­n Internet untuk keperluan asas seperti melayari laman web dan berkomunik­asi seperti menghantar dan menerima e-mel, perbankan Internet dan berkongsi maklumat,” katanya. Pengeluar kereta nasional, Proton akan bekerjasam­a dengan syarikat tempatan bagi mewujudkan kilang pemasangan pengeluara­n di Pakistan, kilang pertama Proton di kawasan Asia Selatan.

Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim berkata, perjanjian antara Proton dan Alhaj Automotive dibuat tahun lalu.

“Dari segi potensi pasaran kenderaan di Pakistan, Proton rasakan potensinya amat besar. Itulah sebabnya Proton setuju bekerjasam­a dengan Alhaj automotive untuk membina kilang pemasangan berhampira­n Karachi di wilayah Sindh,” katanya kepada media Malaysia di pejabat Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di Pakistan di sini, semalam. - BERNAMA

 ?? Mohd Redzuan Md Yusof ?? Apa yang penting, kita mahu memajukan sektor keusahawan­an negara seterusnya menjadikan Malaysia ini sebagai negara pengeluar mahupun hab pemindahan barang”
Mohd Redzuan Md Yusof Apa yang penting, kita mahu memajukan sektor keusahawan­an negara seterusnya menjadikan Malaysia ini sebagai negara pengeluar mahupun hab pemindahan barang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia