Harian Metro

Potongan 95 peratus

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

 Jualan buku Big Bad Wolf tampilkan pelbagai genre buku

Jualan Buku Big Bad Wolf (BBW) yang berlangsun­g di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai menawarkan potongan harga sehingga 95 peratus.

Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata, jualan yang diadakan mulai hari ini hingga 31 Mac nanti menawarkan pelbagai genre buku.

“Pengunjung BBW boleh mendapatka­n pelbagai bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan potongan harga antara 75 peratus hingga 95 peratus.

“Antara genre yang boleh didapati di sini adalah buku terlaris, novel remaja, buku kanak–kanak, percintaan, sains fiksyen, thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk serta buku masakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihaknya percaya minat membaca perlu dipupuk dari kecil. Justeru, jualan BBW turut menawarkan bahan bacaan untuk si cilik.

“Ibu bapa pasti gembira melihat pelbagai koleksi bacaan kanak-kanak yang meliputi buku aktiviti, buku cerita serta buku mewarna.

“Malah, sebagai usaha menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronok­kan dan mengujakan, ibu bapa juga boleh menemui buku augmented reality (AR).

“Siri buku AR Little Hippo yang juga dikenali sebagai Buku Ajaib ini membawakan pengalaman membaca yang mengasyikk­an dan interaktif,” katanya.

Andrew berkata, pelanggan juga boleh mendapatka­n buku pendidikan pada harga lebih rendah daripada penerbit ternama seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi.

“Selain itu, kami juga membawakan penerbit novel tempatan seperti Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publicatio­n,” katanya.

BBW edisi Johor 2019 dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam dengan kemasukan adalah percuma. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menawarkan potongan harga 50 peratus untuk yuran pendaftara­n

Hibah Amanah dan Pengisytih­aran Amanah bagi tempoh antara 15 Mac hingga 15 Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, dengan tawaran itu, pemegang unit ASNB hanya perlu membayar yuran pendaftara­n RM90 untuk satu kontrak Hibah Amanah (pemegang unit Islam) atau Pengisytih­aran Amanah (pemegang unit bukan Islam) meliputi semua unit amanah ASNB, berbanding harga biasa RM180.

Beliau berkata, Hibah Amanah dan

Pengisytih­aran Amanah membolehka­n pemegang unit menamakan sehingga 10 penerima untuk mewarisi pelaburan unit amanah ASNB mereka.

“Berbeza dengan konsep penama yang mana penama hanyalah wasi atau pentadbir, Hibah Amanah dan Pengisytih­aran

Amanah menjadikan penerima sebagai penerima mutlak untuk wang yang ditinggalk­an pemegang unit.

“ASNB berharap pemegang unit akan mengambil langkah segera untuk menetapkan penerima bagi pelaburan dalam unit amanah ASNB supaya proses tuntutan oleh waris dapat dipermudah­kan.

“Tanpa Hibah Amanah atau Pengisytih­aran Amanah, unit amanah ASNB akan menjadi harta pusaka dan perlu diurus mengikut saluran ditetapkan termasuk keperluan mendapatka­n surat kuasa yang biasanya agak mengambil masa,” katanya.

 ??  ?? JUALAN Buku Big Bad Wolf yang berlangsun­g di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai menawarkan potongan harga sehingga 95 peratus.
JUALAN Buku Big Bad Wolf yang berlangsun­g di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai menawarkan potongan harga sehingga 95 peratus.
 ??  ?? MOHAMMAD
MOHAMMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia