Harian Metro

Camel labur RM609 juta buka kemudahan pertama di Kuantan

-

Camel Group Co Ltd (Camel), pengeluar bateri kenderaan dari China, melabur AS$150 juta (RM609 juta) untuk membuka kemudahan pertamanya di Kuantan, Pahang.

Pengurus Besar Camel Power Malaysia, Jerry Xue berkata, kemudahan itu adalah yang pertama di Asia Tenggara merangkumi dua kemudahan iaitu kilang pembuatan bateri kenderaan dan kilang kitar semula baterinya.

Xue berkata, kilang pembuatan bateri kenderaan itu akan mula beroperasi pada Jun 2019 dengan sasaran pengeluara­n sebanyak lima juta bateri setahun.

“Pengeluara­n dari kilang baharu kami di Kuantan itu, 20 peratus adalah untuk pasaran tempatan manakala 80 peratus lagi untuk pasaran eksport ke Asia Tenggara, Australia, New Zealand, Oceania,

Asia Barat, Afrika Selatan dan Amerika Utara.

“Bagi kemudahan pertama itu, sebanyak AS$100 juta diperuntuk­kan dan ia bakal mewujudkan 600 peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan. Bagi kilang kitar semula itu, ketika ini kami masih dalam proses mendapatka­n dokumen dan lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan ia dijangka bermula pada 2020 dengan nilai pelaburan AS$50 juta.

“Malaysia menjadi destinasi pilihan kumpulan kerana lokasi strategikn­ya yang memudahkan kami untuk memasarkan ke pasaran antarabang­sa selain membawa teknologi baharu industri automotif ke pasaran tempatan,” katanya selepas majlis pelancaran Camel Power Malaysia di Kuala

Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia