Harian Metro

CBP perkenal lima produk pembiayaan khusus

-

Kuala Lumpur: Co-opbank Pertama (CBP) bakal memperkena­lkan lima produk pembiayaan khusus kepada koperasi terpilih di negara ini bagi membolehka­n mereka mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Nor Abd Razak berkata, pengenalan produk di bawah Skim Pembiayaan Sektor Koperasi Membangun Bersama CBP itu adalah sejajar dengan sasaran bank itu untuk meningkatk­an portfolio pembiayaan sektor koperasi kepada 30 peratus daripada keseluruha­n portfolio pembiayaan menjelang 2020.

“Kami akan meneliti terlebih dahulu permohonan koperasi bagi memastikan mereka layak berdasarka­n syarat ditetapkan termasuk memiliki prestasi dan profil kredit yang baik di samping perlu mendapatka­n kelulusan daripada Suruhanjay­a

Koperasi Malaysia (SKM),” katanya pada sidang media prapelanca­ran Skim Pembiayaan Sektor Koperasi-Membangun Bersama CBP, semalam.

Lima produk yang bakal ditawarkan adalah pembiayaan hartanah, pinjaman berjangka, pinjaman penyambung dan pembiayaan islamik (pembiayaan i-kontrak) serta pembiayaan i-factoring dengan had maksimum

bagi semua pembiayaan ini sehingga RM40 juta.

Beliau berkata, CBP tidak menetapkan sasaran jumlah koperasi untuk memohon pembiayaan itu namun dijangka sekurang-kurangnya tiga koperasi akan memohon kemudahan terbabit setiap bulan.

Menurutnya, CBP mungkin merujuk kepada senarai 100 koperasi terbaik yang dikeluarka­n SKM dan meminta bantuan daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) untuk mengenal pasti koperasi berpotensi.

“Setakat ini, kami sudah mengenal pasti dan berhubung dengan 20 koperasi yang berwibawa dan memenuhi syarat untuk memohon pembiayaan ini,” katanya.

 ?? Mohd Nor Abd Razak ?? Kami sudah mengenal pasti dan berhubung dengan 20 koperasi yang berwibawa dan memenuhi syarat untuk memohon pembiayaan ini”
Mohd Nor Abd Razak Kami sudah mengenal pasti dan berhubung dengan 20 koperasi yang berwibawa dan memenuhi syarat untuk memohon pembiayaan ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia