Harian Metro

8,500 JUTA LITER PADU PADA 2050

Peningkata­n penggunaan air tuntut strategi mampan elak berdepan krisis

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Menjelang 2050, penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya memerlukan kira-kira 8,500 juta liter padu sehari berbanding 5,900 juta liter padu penggunaan air pada masa ini.

Anggaran itu berdasarka­n populasi semasa kawasan berkenaan yang kini mencecah 9.4 juta orang dan dijangka bertambah kepada 10.7 juta menjelang 2050.

Pakar Hidrologi Ir Alias Hashim berkata, perancanga­n dan pembanguna­n infrastruk­tur sumber air dan bekalan air perlu dimulakan dari sekarang bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai serta mengelak berlakunya krisis bekalan air terutama ketika kemarau teruk di kawasan padat itu.

“Buat masa ini kapasiti penggunaan air di seluruh Lembah Klang, Putrajaya dan Selangor ialah 5,900 juta liter air sehari manakala keupayaan loji rawatan dan takungan air membekalka­n sekitar 5,127 juta liter air. Ia masih berada di bawah nilai keperluan bekalan air semasa.

“Di samping kerajaan membina dan menaik taraf keupayaan sedia ada, kita perlu meneroka sumber baru dan pengurusan sumber air lebih bersepadu untuk memastikan bekalan sedia ada mencukupi terutama menampung keperluan pada musim kemarau dan panas.

“Pada masa sama, merancang menaik taraf mana-mana loji rawatan dan takungan simpanan serta membina beberapa empangan berpotensi selain punca pencemaran dikawal dan dikurangka­n supaya sumber air di sungai di hilir dapat diproses dan menjadi sumber utama,” katanya.

Menurutnya, Malaysia memiliki sumber air mencukupi berikutan dipengaruh­i faktor taburan hujan banyak setiap tahun.

“Lembah Klang saja menerima purata 2,500 milimeter (mm) takungan air hujan setiap tahun.

“Paling kurang antara 900 hingga 1,200 mm apabila negara barat menerima jumlah itu sebagai hujan tahunan, tetapi mereka boleh mengurus sumber air minimum itu dengan baik walaupun penduduk padat,” katanya.

Katanya, banyak potensi sumber baru di Malaysia boleh diterokai berbanding hanya bergantung sepenuhnya dengan sumber utama semata-mata.

“Buat masa ini kita terlalu fokus kepada sungai sedangkan kita ada sumber lain seperti air dari dalam bumi, air tercemar di bahagian hilir yang boleh ditangani dan dibersihka­n, lebihan air semasa musim basah yang boleh disimpan dalam takungan atau empangan.

“Di Selangor terutama di lembangan Sungai Langat dan Kuala Selangor, kita ada takungan simpanan air bawah tanah berkualiti yang belum diterokai secara sempurna lagi.

“Ada juga air sisa dapur tidak terlalu tercemar masuk ke longkang masih boleh digunakan kembali seperti dipraktikk­an di kebanyakan negara barat dan Singapura, namun isunya tiada pihak bertanggun­gjawab

menguruska­n hal ini,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan sumber air secara bersepadu perlu ada untuk memastikan sumber dimanfaatk­an sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan penduduk bukan saja pada masa sekarang tetapi melangkaui generasi akan datang.

“Kelemahan mengurus air akan menyebabka­n sumber air yang banyak pun tidak mencukupi.

“Kita ada sumber air banyak tetapi jika sisa rumah, komersial dan industri tidak diurus secara sistematik ia menyebabka­n sungai tercemar seterusnya menjejaska­n bekalan air kerana pencemaran melebihi tahap kemampuan sungai membersih secara biologikal,” katanya.

“Jadi, perlu ada satu badan khusus yang diberi tanggungja­wab dengan dilengkapi undang-undang dan polisi menguat kuasa dan mengurus sumber air secara optimum,” katanya.

Kita perlu meneroka sumber

baru dan pengurusan sumber air lebih

bersepadu

Alias

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia