Harian Metro

KORBAN CEMBURU

- Agensi

 Ibu kelar leher bayi kerana anak lebih disayangi suami

Akibat terlalu cemburu, seorang wanita berusia 21 tahun bertindak kejam dengan mengelar leher anak perempuann­ya yang berusia tiga minggu kerana mendakwa suaminya lebih menyayangi mangsa berbanding dirinya.

Daily Mail melaporkan, wanita itu yang dirahsiaka­n namanya menyerang bayi perempuann­ya dengan pisau dapur di apartmen mereka di Rivne, barat daya Rivne Oblast ketika suaminya berusia 26 tahun keluar untuk membuang sampah.

Selepas kembali ke rumah dan melihat tangan isterinya dipenuhi darah, lelaki itu segera ke bilik tidur untuk memeriksa anak perempuann­ya dan terkejut melihat bayinya terbaring kaku dengan berlumuran darah.

Nenek mangsa, Maria Momot berkata, mereka sangat menyayangi bayi itu dengan memberi semua kasih sayang dan jagaan rapi padanya.

“Pagi ini saya mandikan cucu kecil saya tetapi kini dia sudah tiada. Saya tidak percaya semua itu berlaku pada keluarga kami,” katanya.

Jurucakap polis Anton Kruk memberitah­u, bayi itu mati disebabkan luka pisau pada lehernya.

Polis menemui pisau itu di sinki dapur dan masih dipenuhi darah kanak-kanak itu. Wanita itu juga tidak dapat menjelaska­n sebab dia melakukann­ya malah dia tidak dapat mengingati apa yang dilakukann­ya hari itu.

Berdasarka­n laporan, suspek menghidapi radang otak sejak November tahun lalu dan dipercayai menjejaska­n kesihatan mental wanita itu.

Wanita itu dikatakan baru saja menjalani rawatan tetapi dibenarkan keluar dari fasiliti mental pada 3 Mac lalu, sejurus selepas melahirkan anak dan doktor percaya dia sudah sihat.

Suspek berhadapan hukuman 15 tahun penjara sekiranya didapati bersalah atas pembunuhan bayinya.

 ??  ?? GAMBAR fenomena Supermoon penuh yang dirakam di Gunung Pico Sacro di Santiago de Compostela­m
Sepanyol kelmarin. Ini adalah Supermoon penuh ketiga tahun ini dan pertama dalam tempoh dua dekad yang berlaku ketika ekuinoks musim
bunga. - EPA
GAMBAR fenomena Supermoon penuh yang dirakam di Gunung Pico Sacro di Santiago de Compostela­m Sepanyol kelmarin. Ini adalah Supermoon penuh ketiga tahun ini dan pertama dalam tempoh dua dekad yang berlaku ketika ekuinoks musim bunga. - EPA
 ??  ?? WANITA berusia 21 tahun mengelar leher anaknya di Rivne. Gambar kecil, pisau dapur yang digunakann­ya.- Agensi
WANITA berusia 21 tahun mengelar leher anaknya di Rivne. Gambar kecil, pisau dapur yang digunakann­ya.- Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia