Harian Metro

51 pelajar jadi tebusan

-

 Pemandu tawan, bakar bas sekolah bantah layanan terhadap pendatang asing

Polis Itali menyelamat­kan 51 pelajar yang dijadikan tebusan pemandu bas sekolah mereka selama 30 minit sebelum suspek membakar kenderaan berkenaan dalam kejadian di Milan kelmarin.

Pemandu bas sekolah itu, Ousseynou Sy, 47, dari Senegal mencurahka­n petrol ke bas sebelum membakar kenderaan itu sebagai bantahan terhadap kematian orang asing di Mediterran­ean.

Ada di antara mangsa diikat dan pengalaman ngeri itu berakhir selepas seorang pelajar berjaya meminta bantuan sejurus selepas bas itu merempuh sebuah kereta.

Pendakwa raya Milan, Francesco Greco memuji kecekapan polis yang menghalang bas berkenaan dan menyelamat­kan semua pelajar sebelum menangkap suspek.

“Ia satu keajaiban. Kejadian ini mungkin boleh bertukar menjadi bencana,” katanya.

Beberapa gambar menunjukka­n keadaan bas itu dan sebuah kereta yang terbakar tersadai di tepi jalan berhampira­n Milan.

Peguam Sy berkata, pemandu yang sudah menjadi warga Itali mendakwa melakukan perbuatan itu kerana mahu menarik perhatian terhadap kesan daripada dasar terhadap pendatang asing.

Kejadian berlaku ketika semua pelajar berkenaan yang ditemani tiga orang dewasa dalam perjalanan pulang daripada acara sukan sebelum suspek tiba-tiba menukar laluan dan mengumumka­n mahu menjadikan semua penumpang sebagai tebusan.

Suspek yang membawa dua tin petrol dan pemetik api mengugut pelajar sebelum mengambil telefon bimbit mereka seterusnya mengarahka­n orang dewasa mengikat mangsa dengan wayar elektrik.

Seramai 12 pelajar dan dua dewasa dihantar ke hospital kerana terhidu asap manakala suspek turut mendapatka­n rawatan akibat tangan melecur.

Bagaimanap­un, siasatan mendapati Sy yang pernah memuat naik video menjelaska­n perbuatan itu di YouTube tidak terbabit dengan kumpulan pengganas dan dia merancang sejak beberapa hari lalu.

 ??  ?? ANGGOTA forensik dan polis
membuat siasatan di bas sekolah yang dibakar seorang pemandu berhampira­n Milan,
Itali kelmarin. - AFP
ANGGOTA forensik dan polis membuat siasatan di bas sekolah yang dibakar seorang pemandu berhampira­n Milan, Itali kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia