Harian Metro

Siar aksi merompak secara langsung

-

London: Sekumpulan pencuri diburu polis selepas bertindak berani apabila menyiarkan video secara langsung di media sosial menunjukka­n aksi mereka memecahkan dua peti besi yang penuh dengan emas dan wang tunai.

Mail Online melaporkan, video itu disiarkan secara langsung ketika kumpulan penjenayah itu memecah masuk sebuah rumah dipercayai milik penduduk berbangsa Cina di Manchester baru-baru ini.

Dengan memakai sarung tangan, kumpulan itu turut mengejek dengan bercakap dengan pelat Cina sambil menunjukka­n hasil curian mereka.

Sambil ketawa seorang suspek berkata, “Semuanya penuh dengan emas.”

Seorang lagi lelaki membuka peti besi yang sudah dipecahkan dan mengeluar sejumlah beg serta kotak mengandung­i barang kemas termasuk gelang, rantai, subang telinga dan pelbagai barangan emas lain.

Kumpulan itu kemudian membuka peti besi kedua yang penuh dengan wang tunai.

Seorang suspek yang membuat rakaman itu pula bergurau dengan memberitah­u mereka melakukan ‘pekerjaan’ yang lumayan.

Video berdurasi 2.23 minit itu tular di media sosial dengan tajuk ‘pencuri merakamkan aksi mereka memecah masuk sebuah rumah keluarga Asia.’

Sumber polis memberitah­u, tidak dapat dipastikan sama ada peti besi itu dibuka di rumah mangsa atau di lokasi lain.

“Kejadian memecah masuk rumah sering berlaku tetapi merakam aksi itu secara langsung dan menyiarkan di media sosial adalah sesuatu yang luar biasa.

“Kes ini menyebabka­n polis semakin bertekad untuk memburu mereka. Penjenayah ini mungkin ketawa sekarang tetapi ia akan menjadi sebaliknya apabila ditangkap nanti,” katanya. - Agensi

 ?? Sumber polis ?? SEORANG penjenayah menunjukka­n barangan kemas dikeluarka­n dari peti besi yang dipecah mereka. - Agensi Kejadian memecah masuk rumah sering berlaku tetapi merakam aksi itu secara langsung dan menyiarkan di media sosial adalah sesuatu yang luar biasa”
Sumber polis SEORANG penjenayah menunjukka­n barangan kemas dikeluarka­n dari peti besi yang dipecah mereka. - Agensi Kejadian memecah masuk rumah sering berlaku tetapi merakam aksi itu secara langsung dan menyiarkan di media sosial adalah sesuatu yang luar biasa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia