Harian Metro

Juruterban­g panik selepas gagal kawal pesawat

-

Jakarta: Penyiasat Indonesia semalam berkata, rakaman suara kokpit dari pesawat Lion Air Boeing 737 MAX 8 yang terhempas menunjukka­n juruterban­g mencari senarai semak yang betul di buku nota mereka dan pesawat itu juga mengalami masalah pada peralatan laju udara serta altitud.

Penyiasat memberitah­u, mereka kini mempunyai 90 peratus data yang diperlukan untuk laporan akhir mengenai nahas pada Oktober tahun lalu itu yang membunuh semua 189 penumpang dan anak kapal.

Laporan siasatan itu dijangka disiarkan pada Ogos depan.

Penyiasat di Jawatankua­sa Pengangkut­an Kebangsaan, Nurcahyo Utomo berkata, rakaman itu menunjukka­n berlaku panik pada 20 saat terakhir penerbanga­n berkenaan.

“Pada saat-saat akhir penerbanga­n itu, juruterban­g merasakan dia tidak mampu lagi mengawal pesawat dan timbul perasaan panik,” katanya tanpa mendedahka­n siapa di antara dua juruterban­g pesawat itu yang panik.

Siasatan itu mendapat tumpuan untuk disegeraka­n selepas nahas kedua membabitka­n pesawat model yang sama milik Ethiopian Airlines yang terhempas pada minggu lalu dan mengorbank­an 157 mangsa.

Penyiasat Perancis berkata, data penerbanga­n daripada pesawat Ethiopian Airlines itu menunjukka­n persamaan jelas dengan nahas Lion Air.

Kedua-dua pesawat berkenaan terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang.

Kini penyiasat meneliti bagaimana komputer mengarahka­n pesawat untuk menjunam sebagai tindak balas kepada data daripada sensor yang rosak dan adakah juruterban­g mempunyai latihan yang cukup untuk berdepan masalah itu. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR fail seorang petugas mengangkat enjin pesawat Lion Air penerbanga­n JT610 yang terhempas di laut pada Oktober tahun lalu. - Reuters
GAMBAR fail seorang petugas mengangkat enjin pesawat Lion Air penerbanga­n JT610 yang terhempas di laut pada Oktober tahun lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia