Harian Metro

Siar secara langsung

- Agensi

Polis Korea Selatan membongkar aktiviti sekumpulan lelaki yang memasang kamera tersembuny­i bagi merakam aksi lebih 800 pasangan kekasih mengadakan hubungan seks di hotel dan disiarkan secara langsung selama tiga bulan di sebuah laman web berbayar.

AFP melaporkan, Korea Selatan sudah lama memerangi video intipan dikenali sebagai ‘molka’ yang diletakkan secara tersembuny­i di sekolah, tandas dan beberapa tempat awam oleh individu tidak bertanggun­gjawab.

Menurut polis, empat lelaki ditahan kerana memasang kamera kecil dengan lensa berukuran satu milimeter lebar yang disembunyi­kan dalam pemegang pengering rambut, soket dinding dan peti televisyen, di dalam 42 bilik di 30 motel di seluruh negara sejak Ogos lalu.

“Rakaman di motel itu disiarkan secara langsung ke laman web yang mempunyai kira-kira 4,000 ahli. Sesetengah penonton sanggup membayar 50,000 won (RM179) sebagai yuran bulanan agar dapat menonton berulang kali kandungan ‘eksklusif’ itu.

“Kira-kira 50 peratus daripada 1,600 mangsa adalah lelaki. Suspek meraih pendapatan kira-kira 7 juta won (RM25,179) dalam tempoh tiga bulan,” kata pegawai dari Agensi Polis Negara kepada AFP.

Menurut polis, sebelum ini ada beberapa kes kamera tersembuny­i dipasang secara haram di hotel dan tandas sebelum pelakunya memuat naik kandungan itu serta menontonny­a secara sendiri.

“Bagaimanap­un, ini kali pertama polis menangkap suspek menyiarkan video itu secara langsung dan ditonton beratus-ratus orang,” katanya.

 Polis Korea Selatan bongkar aktiviti pasang kamera tersembuny­i intip pasangan kekasih

 ??  ?? KAMERA yang disembunyi­kan dalam peralatan atau soket elektrik yang ditemui di beberapa hotel di Korea Selatan. - Agensi
KAMERA yang disembunyi­kan dalam peralatan atau soket elektrik yang ditemui di beberapa hotel di Korea Selatan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia