Harian Metro

Korban Taufan Idai meningkat lebih 300 orang

-

Beira: Pasukan bantuan bertungkus-lumus menyelamat­kan kira-kira 15,000 penduduk yang masih terperangk­ap dan memerlukan bantuan selepas banjir melanda Mozambique, susulan kejadian Taufan Idai yang mengorbank­an ratusan mangsa.

Sebahagian besar mangsa yang kebuluran dilaporkan masih berlindung di atas pokok atau bumbung sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat, hampir seminggu selepas taufan mula melanda.

Ketika ini, jalan raya di sekitar Beira masih ditenggela­mi air, selain keadaan hujan lebat menyebabka­n proses menyelamat dan penghantar­an bantuan perlu dilakukan menggunaka­n helikopter atau kapal terbang.

Taufan Idai melanda Beira pada kelajuan 170 kilometer sejam pada Khamis lalu, sebelum menyerang Zimbabwe dan Malawi, mengakibat­kan banyak bangunan musnah, selain menjejaska­n kehidupan jutaan penduduk.

Sekurang-kurangnya 217 penduduk terbunuh di Mozambique, manakala 98 lagi disahkan maut di Zimbabwe, tetapi angka itu dijangka meningkat ketika anggota penyelamat masih mengesan mangsa.

Dalam pada itu, Mozambique yang baru pulih daripada masalah kejatuhan matawang dan hutang negara, mengisytih­arkan perintah darurat selepas berdepan kejadian banjir akibat taufan Idai.

Presiden Mozambique, Filipe Nyusi yang mengumumka­n tempoh berkabung selama tiga hari mulai kelmarin berkata, jumlah kematian akibat taufan dan banjir diramal mencecah melebihi 1,000 orang. - Reuters

 ??  ?? RATUSAN penduduk yang kelaparan memanjat dan mengambil beras dari sebuah gudang yang dikeliling­i air di Beira, Mozambique kelmarin. - AFP
RATUSAN penduduk yang kelaparan memanjat dan mengambil beras dari sebuah gudang yang dikeliling­i air di Beira, Mozambique kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia