Harian Metro

JALAN TERBAIK KUKUH KERJAYA

Keputusan Ismail tidak ambil SPM tahun ini direstui keluarga

- DARI MUKA 50

Memutuskan untuk tidak menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ismail menjadikan industri sebagai ‘sekolah’ buat dirinya.

Namun, dia tak pernah berniat menjadi contoh yang tidak baik kepada remaja lain. Disebabkan itu, dia berjanji akan lakukan apa saja bagi memastikan berjaya dalam industri.

“Ikut perancanga­n asal, saya sepatutnya ambil SPM barulah sambung belajar. Namun, apabila sudah berbincang dengan ibu bapa dan adik-beradik lain, keputusan itu direstui.

“Jujur, jiwa saya bukan pada pendidikan buat masa ini. Bukan tidak suka dan tiada niat tunjuk contoh buruk kepada remaja lain.

“Bagaimanap­un, inilah jalan terbaik buat saya dan berjanji akan bekerja keras mengukuhka­n kerjaya seni,” katanya.

Sambung Ismail lagi, apa yang diputuskan itu adalah untuk masa sekarang dan tidak mustahil menyambung pengajian pada masa akan datang. “Apa yang saya buat sekarang bukan untuk sukasuka atau mahu popular semata-mata sebaliknya saya sedang dalam proses belajar. Industri akan jadi sekolah saya dan mereka yang lebih berpengala­man akan jadi guru saya.

“Ramai tanya bila saya akan sambung belajar. Jawapan saya, insya-Allah tidak lama lagi atau apabila sampai masanya. Kalau tak sambung, saya berjanji akan bekerja keras dalam bidang ini,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya, Ismail bakal tampil dengan single baharu dan memilih bekerjasam­a dengan pelawak Zizan Razak. Menurutnya, gandingan itu berlaku secara spontan dan tidak sabar mahu melihat penerimaan peminat.

“Saya akan lancarkan sebuah single bersama

Zizan dan harapnya mendapat sambutan. Agak mencabar juga prosesnya memandangk­an jadual kami bercanggah.

“Menariknya, kerjasama ini berlaku selepas saya masuk dalam ‘live’ Zizan di Instagram. Zizan yang menyuaraka­n untuk buat lagu dan bila tanya pengurusan masing-masing, kami capai kata semangat.

“Setakat ini, kami baru siapkan demo dan masih menunggu untuk ‘final mixing’. Insya-Allah lagu ini akan dilancarka­n bulan depan,” katanya.

Ismail menafikan menggunaka­n populariti Zizan untuk menaikkan lagi namanya. Sebaliknya, dia bersyukur dapat berganding­an dengan senior yang arif perihal industri.

“Saya menghormat­i Zizan dan suka bekerja dengannya. Sepanjang rakaman, banyak yang saya belajar daripada Zizan.

“Ada masa dia bagi nasihat dan ia sangat berguna untuk saya.

“Kalau ada rezeki, saya nak bekerja dengan lebih ramai senior. Proses ini sangat bagus kerana kami sama-sama timba ilmu dan mereka pun pasti mahu tahu bagaimana pemikiran artis muda zaman sekarang,” katanya.

Ismail juga mengambil pendekatan untuk lebih telus dengan khalayak dan tidak mahu bermukamuk­a. Selesa menjadi diri sendiri, dia berpegang kepada nasihat ibunya, Datin Suliza Salam agar sentiasa merendah diri.

“Mama pernah berkongsi jika mahu bertahan dalam industri kena ada karakter yang kuat dan jadi diri sendiri. Sekarang senang jika dibandingk­an dengan dulu kerana ada media sosial. Saya boleh tunjukkan siapa saya sebenarnya dan bukannya sebagai artis.

“Saya nak orang kenal keperibadi­an saya dan Instagram medium penting untuk melaksanak­annya. Disebabkan itu, saya selalu buat video mengarut dan suka buat orang terhibur meskipun pada masa sama ada yang tidak suka atau meluat.

“Jadi jujur lebih senang, tak payah kawal atau sorok apa-apa. Ia juga akan memudahkan komunikasi kita dengan sesiapa saja termasuk peminat, “katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ?? Ramai tanya bila saya akan sambung belajar. Jawapan saya, insya-Allah tidak lama lagi atau apabila sampai masanya. Kalau tak sambung, saya berjanji akan bekerja keras dalam bidang ini
Ismail
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN Ramai tanya bila saya akan sambung belajar. Jawapan saya, insya-Allah tidak lama lagi atau apabila sampai masanya. Kalau tak sambung, saya berjanji akan bekerja keras dalam bidang ini Ismail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia