Harian Metro

Lancar album penuh tahun ini

-

Muatkan 10 lagu, kini Ayda berulang-alik dari

KL ke Jakarta untuk menyiapkan­nya

“Biarpun sebelum ini pernah muncul dengan lagu Pinjamkan Hatiku berduet dengan Adi Priyo, saya masih menerima permintaan daripada peminat untuk muncul dengan lagu balada.

“Saya berharap lagu ini dapat menjadi hadiah bermakna buat mereka yang menantikan karya baharu dan lebih istimewa ia dilancarka­n pada hari lahir saya,” katanya.

Mencipta lagu itu bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjunta­k, Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) adalah lagu tema untuk drama bersiri terbaharu lakonan Ayda, Asalkan Dia Bahagia yang kini bersiaran di slot Akasia TV3.

Kata Ayda, dia teruja dapat bekerjasam­a dengan Irwan selepas kali pertama menghasilk­an single Nakal Nakal Nakal beberapa tahun lalu.

“Mungkin selama ini saya lebih banyak dikenali dengan lagu tempo rancak berbanding balada.

“Saya anggap lagu ini berbeza daripada apa yang biasa kita dengar,” katanya.

Melanjutka­n bicara mengenai album penuh yang bakal dilancarka­n tahun ini, Ayda yang turut terkenal menerusi single Temberang ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong mengaku tidak sabar menyiapkan bingkisan yang bakal memuatkan 10 lagu itu.

“Tiada lagu lama dalam album ini. Semuanya ibarat keluar dari ketuhar,” katanya yang berulang-alik dari

Kuala Lumpur ke Jakarta bagi menyiapkan album itu.

Kata Ayda, album baharu itu adalah hadiah kepada peminat yang setia bersamanya sejak awal kemunculan dulu.

“Projek ini dirancang sejak tahun lalu. Apabila ada ilham mencipta lagu, saya terus catat.

“Moga dengan lahirnya album ini, kerjaya nyanyian saya akan jadi lebih stabil,” katanya.-Najiy Jefri

 ??  ?? Projek ini dirancang sejak tahun lalu. Apabila ada ilham mencipta lagu, saya terus catat.
Moga dengan lahirnya album ini, kerjaya nyanyian saya akan jadi lebih stabil
Projek ini dirancang sejak tahun lalu. Apabila ada ilham mencipta lagu, saya terus catat. Moga dengan lahirnya album ini, kerjaya nyanyian saya akan jadi lebih stabil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia