Harian Metro

PERLU PERKUKUH POPULARITI

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Floor 88 mahu perbaiki kelemahan sebelum cuba

nasib di negara jiran

Awal kemunculan­nya, kumpulan yang dianggotai enam anak muda ini pernah digelar kugiran kampung. Tidak kurang, ada segelintir pihak memandang mereka sebelah mata.

Seiring perubahan waktu, Floor 88 membuktika­n mereka layak berada dalam industri seni tanah air. Walaupun baru saja mempertaru­hkan tiga lagu, nama mereka semakin mekar.

Namun, untuk berada di tahap itu bukanlah perkara mudah. Mereka terpaksa bekerja keras menampilka­n karya yang bukan hanya sekadar sedap didengar tetapi menambat hati peminat.

Tahun lalu, Floor 88 sekali lagi menampilka­n kelainan apabila berkolabor­asi dengan

Baby Shima menerusi lagu Roadblock Hatiku. Menyuntik sedikit elemen dangdut, mereka bagaimanap­un menolak dakwaan menggunaka­n populariti penyanyi wanita itu di Indonesia bagi menembusi pasaran di sana.

Vokalis Floor 88, Ayie Elham berkata, tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk memperguna­kan nama Baby Shima demi meraih perhatian sekali gus menjadikan­nya batu loncatan mencipta nama Floor 88 di Indonesia.

Namun, Floor 88 yang turut dianggotai oleh

Achoi selaku pemain gitar utama, Falique (bass), Eric (keyboard), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua), mengakui semakin dikenali selepas bekerjasam­a dengan Baby Shima.

“Tiada istilah tumpang populariti. Kami memilih berkolabor­asi dengan

Shima kerana sesuai dengan konsep lagu yang ada elemen dangdut.

“Tidak dinafikan apabila bekerjasam­a dengan Shima, Floor 88 sudah ada peminat dari Indonesia. Malahan, sudah ada yang bertanya bila kami akan ke sana,” kata Achoi.

Meskipun ada perancanga­n mahu mencuba nasib di negara jiran, Floor 88 bagaimanap­un mahu mengukuhka­n nama di negara sendiri terlebih dulu. Mereka percaya rezeki sentiasa ada. Apa yang penting kini adalah terus menghasilk­an karya berkualiti dan memperbaik­i kelemahan yang ada dari semasa ke semasa.

Tidak dapat dinafikan apabila bergerak secara berkumpula­n, vokalis individu pertama yang akan jadi perhatian.

Mengulas perkara itu, Ayie berkata ada yang mencadangk­an dia mencuba nasib sebagai penyanyi solo atau sekurang-kurangnya menghasilk­an projek solo tanpa meninggalk­an kumpulan itu.

Bagaimanap­un, Ayie tidak mempunyai sebarang perancanga­n untuk berbuat

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri Akram, Eric, Ayie, Falique dan Achoi.
DARI kiri Akram, Eric, Ayie, Falique dan Achoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia