Harian Metro

CYBERJAYA MESRA KOMUNITI

Cyberjaya mempunyai lebih 30 kamera di lokasi tumpuan utama

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Bandar Cyberjaya sinonim dengan mercu tanda teknologi dan inovasi Malaysia memandangk­an kedudukann­ya di lokasi teras inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC).

Pada masa ini, 60 peratus daripada pusat data negara berpangkal­an di Cyberjaya dengan lebih 40,000 pekerja berpengeta­huan dan 506 syarikat berstatus MSC.

Sebahagian besar warga kerja bandar teknologi itu aktif bertugas 24 jam sehari memandangk­an syarikat tempat mereka bekerja memberi khidmat kepada pelanggan di zon masa yang berbeza.

Sebagai pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd (Setia Haruman) bekerjasam­a dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan untuk memperting­katkan ciri-cirinya sebagai sebuah bandar yang sesuai didiami termasuk meningkatk­an keselamata­n dan kawalan bagi pendudukny­a.

Ketua Pegawai Operasi Setia Haruman, Wendy Li, menegaskan komitmen syarikat itu dalam usaha mempromosi dan membangunk­an Cyberjaya sebagai sebuah pusat teknologi global dalam memenuhi keperluan populasiny­a yang kian meningkat.

“Keselamata­n dan kawalan bagi warga Cyberjaya adalah satu keutamaan yang amat dititikber­atkan dan diusahakan secara kolektif oleh setiap pemegang berkepenti­ngan di Cyberjaya.

“Aspek keselamata­n ini diberi penekanan memandangk­an sebahagian besar pekerja di sini terbabit dalam profesion yang memerlukan mereka bekerja pada syif malam,” katanya ketika meraikan Hari Penghargaa­n Wanita Dalam Media, sempena Hari Wanita Sedunia 2019 anjuran Setia Haruman di Cyberview Resort & Spa, baru-baru ini.

Kenyataan itu diakui Kayathri Maheswaren,

35, yang berpengala­man kerja selama lebih sembilan tahun di syarikat perkhidmat­an teknologi maklumat antarabang­sa di Cyberjaya.

“Bekerja syif malam tidak lagi menjadi sesuatu yang membimbang­kan dalam kalangan pekerja seperti saya dengan adanya perkhidmat­an bas menerusi Sistem Dedikasi Pengangkut­an (DTS) yang membantu memudahkan perjalanan mereka yang tinggal di bahagian lain di Lembah Klang.

“Malah warga kerja yang memandu pulang ke rumah atau ke tempat kerja pada sebelah malam juga akan mendapati jalan di Cyberjaya diterangi lampu dan sentiasa dalam rondaan polis,” katanya.

Dalam usaha mencapai sasaran sebagai bandar bebas jenayah, Cyberjaya turut disokong sebuah ekosistem keselamata­n yang cekap iaitu sistem kamera litar tertutup (CCTV) 999 Tindakan Kecemasan Malaysia (MERS) bersepadu yang kali pertama dilancarka­n pada 2009. Malah bandar berkenaan juga mempunyai lebih 30 kamera di lokasi tumpuan utama.

TEMPAT MENARIK DI CYBERJAYA

Tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek keselamata­n sematamata kerana Cyberjaya turut menyenarai­kan pelbagai tempat menarik buat anda kunjungi.

Dash Box Hotel

umpamanya, menawarkan reka bentuk bangunan ala hipster dan trendy. Persekitar­annya sesuai untuk anda abadikan di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Salah satu lokasi hebat dan menarik untuk beriadah sama ada berjoging atau berkelah, Taman Tasik Cyberjaya antara yang dicadangka­n.

Menginap pula di Cyberview Resort &

Spa dalam suasana penuh kehijauan sambil memanjakan diri di Sembunyi Spa dengan tawaran pakej menarik yang rugi jika dilepaskan.

Lengkapkan kunjungan dengan singgah menunaikan solat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah atau lebih dikenali Masjid Cyberjaya kerana ia sarat dengan seni bina unik.

Masjid ini sesuai dijadikan model bangunan yang menepati Piawaian Bangunan Hijau (GBI) berikutan penggunaan bahan kitar semula dan peralatan yang menjimatka­n tenaga sekali gus mengurangk­an kos. Selain dikatakan menjadi masjid pertama yang menggunaka­n panel solar untuk menjana elektrik.

Bekerja syif malam tidak lagi menjadi sesuatu yang membimbang­kan dalam kalangan pekerja seperti saya dengan adanya perkhidmat­an bas menerusi Sistem Dedikasi Pengangkut­an (DTS)

Kayathri

Keselamata­n dan kawalan bagi warga Cyberjaya adalah satu keutamaan yang amat dititikber­atkan dan diusahakan secara kolektif oleh setiap pemegang berkepenti­ngan di Cyberjaya

Wendy Li

 ??  ??
 ??  ?? CYBERJAYA antara bandar mesra basikal.
CYBERJAYA antara bandar mesra basikal.
 ??  ?? BANGUNAN yang sarat dengan kehijauan ini sebenarnya sebuah pusat beli-belah, Tamarind Square.
BANGUNAN yang sarat dengan kehijauan ini sebenarnya sebuah pusat beli-belah, Tamarind Square.
 ??  ?? KEUNIKAN di penginapan ala hipster dengan kemudahan kolam renang.
KEUNIKAN di penginapan ala hipster dengan kemudahan kolam renang.
 ??  ?? CYBERVIEW Resort & Spa turut menawarkan persekitar­an hijau mendamaika­n.
CYBERVIEW Resort & Spa turut menawarkan persekitar­an hijau mendamaika­n.
 ??  ??
 ??  ?? MANJAKAN diri anda di Sembunyi Spa.
MANJAKAN diri anda di Sembunyi Spa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia