Harian Metro

Cari ketenangan di Pantai murni

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Meskipun Kedah kerap dikunjungi ramai, masih banyak lokasi dan tarikan di negeri itu yang belum diterokai sepenuhnya.

Selain Langkawi dan Pantai Merdeka, tidak banyak destinasi pantai atau pulau yang diketahui sedangkan Kedah antara destinasi tersohor dalam kalangan kaki pancing.

Terdapat banyak pulau tidak berpenghun­i selain perkampung­an nelayan di sekitar perairanny­a.

Lantas dalam kunjungi singkat ke negeri itu barubaru ini, pelawaan seorang kenalan untuk dibawa meninjau Pantai Murni disambut penulis dengan hati terbuka.

Pantai Murni kira-kira 500 meter dari pekan kecil Yan menjadi destinasi tumpuan buat penduduk sekitar untuk beriadah selain mendapat perhatian pengunjung luar kerana terkenal dengan keindahan panorama matahari terbenam.

Malah destinasi itu diberi nafas dengan projek Pantai Murni Waterfront yang dibuka secara rasmi pada 2017. Penambahba­ikan ketara ialah jeti pantai itu dinaik taraf menerusi pembinaan dataran berbumbung. Selain itu, pembinaan struktur jeti lebih baik bagi pengunjung yang berhasrat meninjau pulau sekitarnya dan kemudahan lain.

Dari pantai ini sebenarnya pengunjung berpeluang melihat keindahan pulau yang terdapat berdekatan pantai ini antaranya Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsong.

Saranan penulis, lebih baik pengunjung menyusuri jeti yang memanjang ke tengah lautan untuk melihat lebih dekat dan bagi merakam foto pemandanga­n unik.

Jika bernasib baik, pengunjung yang bersantai di hujung jeti dapat menyaksika­n bot nelayan yang menyusuri sekitar perairan itu.

Pemandanga­n tidak kurang hebatnya apabila bertentang­an dengan laut, terdapat pemandanga­n Gunung Jerai yang juga antara destinasi popular di Kedah.

Secara peribadi perjalanan dengan pemanduan sekitar 45 minit dari pusat bandar Alor Setar ke lokasi itu untuk menikmati pemandanga­n itu sememangny­a berbaloi.

Ia antara lokasi sesuai untuk melepak atau bersantai bersama keluarga terutama bagi mereka yang sukakan bayu pantai. Tentu sekali layang-layang boleh diterbangk­an! Pengunjung kanak-kanak yang bermain di taman permainan juga antara yang paling teruja.

Kelihatan juga wakaf atau pondok istirahat disediakan pihak

Majlis Daerah Yan bagi kemudahan ibu bapa memantau anak mereka bermain. Malah ia menjadi ruang bersosial apabila terdapat kumpulan ibu dan bapa itu berbual-bual antara satu sama lain.

Satu lagi tarikan yang wajib diketengah­kan ialah keenakan mi udang di medan selera Pantai Murni. Percutian tidak akan lengkap tanpa mencuba sajian popular yang menjadi sebutan ramai sehingga ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati keunikan rasanya.

Selain itu terdapat juga deretan gerai makanan di sepanjang pantai untuk pengunjung nikmati sambil berkelah bersama keluarga.

 ?? FOTO: ?? PEMANDANGA­N di Jeti Pantai Murni.
INFO
FOTO: PEMANDANGA­N di Jeti Pantai Murni. INFO
 ??  ?? KEMUDAHAN taman permainan dan wakaf untuk pengunjung.
KEMUDAHAN taman permainan dan wakaf untuk pengunjung.
 ??  ?? NAIK TARAF untuk keselesaan pengunjung.
NAIK TARAF untuk keselesaan pengunjung.
 ??  ?? PANTAI putih dan hitam memberi panorama kontras yang menarik.
PANTAI putih dan hitam memberi panorama kontras yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia