Harian Metro

TAWAN 3 PUNCAK DALAM 4 HARI

-

Kemudian perjalanan diteruskan ke Baling, Kedah untuk mendaki Gunung Baling dan Gunung Pulai. Mengejar panorama matahari terbenam sememangny­a menjadi impian!

Bagaimanap­un, mencabar kemampuan diri di Gunung Baling memerlukan bayaran RM15 seorang untuk permit dan penggunaan jurupandu sebelum pendakian pada jam 6.30 petang.

“Jangka masa yang diambil untuk sampai ke puncak begitu singkat apabila kami berjaya sampai sekitar jam 7.15 malam. Situasi itu kedengaran mudah, namun ia cukup mencabar mental dan fizikal kami.

“Masakan tidak, sepanjang perjalanan kami dihidangka­n dengan laluan mencanak, berbatu dan bertanah merah. Tidak sampai 10 minit mendaki, badan lencun bermandi peluh dek laluan pacak tanpa ‘diskaun’,” katanya.

Segalanya berbaloi saat menikmati matahari terbenam dengan panorama memukau banjaran yang menghubung­kan Gunung Baling dan Gunung Pulai. Ketika itu masa yang berbaki dimanfaatk­an sebaik-baiknya. Masing-masing sibuk merakam gambar dan video.

Turun dari puncak selepas Maghrib ternyata memberikan pengalaman berbeza kerana cuaca lebih sejuk dan suasana pula gelap gelita.

Esoknya, seawal jam 5.30 pagi, misi menawan Gunung Pulai pula diteruskan. Sedikit menguji kekuatan mental dan fizikal kerana hampir sejam setengah sesat sebelum menemui laluan sebenar pendakian.

Selepas hampir dua jam meredah pendakian sukar, akhirnya puncak gunung itu berjaya ditawan.

“Terasa bahang ketika di puncak dek ketiadaan pokok untuk berteduh. Gambar pemandanga­n yang dirakam pula sedikit terganggu kerana cahaya membelakan­gi panorama.

“Namun, pengalaman empat hari menawan tiga puncak sangat berbaloi. Pendakian yang menjanjika­n cabaran unik nyata memaksa kami untuk menguji kemampuan,” katanya.

Ekspedisi mendaki tetap dirasakan berbaloi walaupun gagal tawan Gunung K2 versi Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? PENGALAMAN pendakian bersama rakan sememang cukup mengujakan.
PENGALAMAN pendakian bersama rakan sememang cukup mengujakan.
 ??  ?? MENDAKI Gunung Pulut berdepan laluan berbatu curam.
MENDAKI Gunung Pulut berdepan laluan berbatu curam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia