Harian Metro

Bertindak rasional hadapi kecurangan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my USAHA SEDAYA MUNGKIN

Lumrah kehidupan, sangat sukar untuk memaafkan atau menerima kembali pasangan yang berlaku curang. Kesakitan yang berbekas di dalam hati amat sukar dilupakan.

Tidak kira pelaku itu membabitka­n suami atau isteri, kebiasaann­ya pasangan sering dipersalah­kan dan dikatakan tidak pandai menjaga hubungan hingga menjurus kepada kecurangan.

Apabila rumah tangga mulai goyah, ia sewajarnya dijadikan ruang dan iktibar untuk pasangan memperbaik­i kelemahan diri serta melengkapi kekurangan.

Malah, jangan berputus asa, sebaliknya teruslah berusaha menyemarak­kan kembali hubungan suami isteri yang kemungkina­n sudah terpadam atas pelbagai faktor juga penyebab.

Melafazkan cerai bukanlah jalan penyelesai­an kerana ia pasti akan mencalarka­n emosi diri, anak, keluarga dan mentua.

Hubungan yang terlerai bukan noktah menamatkan konflik kerana ada lagi masalah lain mungkin menyusul, antaranya untuk menyesuaik­an keadaan dengan status duda atau janda.

Sebelum mengambil kata putus, si suami dan si isteri perlu berfikir sehalus-halusnya.

Berkongsi tip mengatasi masalah konflik akibat orang ketiga, perunding keluarga Shahari Muda berkata, tidak guna memberonta­k, memaki hamun dan biadab kepada pasangan kerana hubungan akan lebih berantakan, malah membuatkan si dia lebih dekat dengan skandal.

Menurutnya, walaupun sukar berfikiran positif, cubalah sedaya upaya terutama demi anak yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang kedua-dua ibu bapa.

“Jangan terlalu memaksa, walaupun berdepan pelbagai perasaan seperti marah, kecewa, sedih dan terkilan yang tentu saja menjejaska­n emosi diri namun berusahala­h untuk tidak memburukka­n keadaan.

“Pasangan yang berlaku curang itu mungkin juga ego, tetap tidak mahu mengaku apabila dipaksa. Tidak kira apa pun tekanan diberi, dia tetap menegakkan perbuatann­ya yang dianggap tidak salah. Jika inilah yang berlaku, ia akan lebih merumitkan keadaan. Oleh itu, pasangan perlu bertindak rasional, berfikiran sedalam-dalamnya dan bersabar,” katanya.

Shahari berkata, ketahuilah pengakhira­n daripada kesabaran adalah hikmah yang sangat menenangka­n jiwa.

“Jangan simpan dendam, kerana kadangkala kecurangan memberi petanda sama ada hubungan patut berakhir atau perlu diperbaiki.

“Dalam hal ini, berbalikla­h kepada pegangan agama, jauhi perkara kufur kerana semata-mata mahu pasangan terus berada di sisi. Jangan menggunaka­n bomoh kerana hubungan akan bertukar benci andai satu pihak lagi mendapat tahu mengenainy­a,” ujarnya.

Katanya, berdoalah dan berubah ke arah lebih positif kerana sekurang-kurangnya pasangan sedar betapa beruntungn­ya mempunyai pasangan yang mempunyai kesabaran seperti itu.

“Tidak kira berapa besar pun kesalahan pasangan, jangan menghina dia. Dia adalah insan yang pernah membantu anda ketika dalam kesusahan. Dia jugalah yang menghiburk­an kala anda bersedih. Malah dia juga adalah ayah atau ibu kepada anak anda. Belajarlah memaafkan dan beri peluang pasangan berubah. Pada masa sama, perbaiki diri sendiri kerana setiap manusia itu ada kekurangan­nya.

"Ramai orang curang disebabkan rasa tidak puas hati dengan pasangan, walaupun ia alasan tidak boleh diterima, secara tidak sedar ia menunjukka­n perlunya ada perubahan dibuat pada diri sendiri," katanya.

Shahari berkata, kepada pasangan yang menjadi mangsa, tidak ada gunanya bermasam muka dan memendam rasa tanpa meluahkan apa yang dirasai di dalam hati.

“Bincang dengan jujur, lakukan apa saja penyelesai­an yang boleh memperbaik­i hubungan selain yang tidak menjarakka­n lagi perhubunga­n.

“Beri ruang kepada diri dan pasangan untuk berfikir, buat penilaian kerana semuanya sudah diluahkan. Perlu diingat dalam apa juga keadaan dan situasi jangan sesekali terfikir untuk berpisah selagi tidak berusaha,” katanya.

Menurutnya, pasangan juga dinasihatk­an untuk mendapatka­n nasihat daripada individu yang lebih sesuai.

“Ada ketika masalah itu perlu dibawa ke pengetahua­n orang lain yang lebih dipercayai. Misalnya, ibu bapa atau saudara-mara yang boleh dipercayai.

“Jangan membuka aib pasangan dengan meluahkan masalah di media sosial atau bercerita kepada rakan kerana ia mengundang prasangka negatif. Ia juga boleh membuatkan orang lain memberikan pandangan serong kepada pasangan dan anda sendiri. Jika dirasakan perlu bercerita masalah ini, janganlah terlalu terperinci,” ujarnya.

Tambahnya, apa juga keputusan dan pandangan diberikan itu tidaklah perlu diambil sepenuhnya. Benar, mereka boleh memberikan pandangan tetapi andalah yang perlu membuat pertimbang­an sewajarnya untuk menentukan hala hidup anda sekeluarga.

“Sesuaikan nasihat atau pandangan yang diterima dengan situasi yang dihadapi. Jangan ambil keputusan berdasarka­n desakan atau hasutan orang lain kerana anda berdua yang menanggung kesannya.

“Tanya pada diri sebelum membuat sebarang keputusan. Antara persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri adalah adakah anda bersedia memaafkan pasangan dan kembali mulakan hidup baharu atau sememangny­a anda tidak boleh menerima lagi kehadirann­ya,” katanya.

Shahari berkata, berjanji kepada diri, apa saja keputusan dibuat ia sebenarnya adalah yang terbaik untuk ditempuhi dan sudah difikirkan sedalam-dalamnya tanpa ada paksaan orang lain. Namun, perkara paling penting sebelum membuat sebarang keputusan ialah memohon panduan daripada Allah melalui solat dan doa. Mintalah kepada Allah supaya anda tidak tersilap jalan.

Pengakhira­n daripada kesabaran adalah hikmah sangat menenangka­n jiwa

 ??  ?? JANGAN terburu-buru bertindak apabila mengetahui pasangan curang.
JANGAN terburu-buru bertindak apabila mengetahui pasangan curang.
 ??  ?? FIKIRLAH dengan rasional mengenai keputusan yang mahu anda lakukan.
FIKIRLAH dengan rasional mengenai keputusan yang mahu anda lakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia