Harian Metro

LEMON, TOMATO HALUSKAN KULIT

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bahan semula jadi di dapur lebih selamat walaupun kesan agak lambat

Apabila ditanya pakar kecantikan mengenai kecenderun­gan pilihan rawatan yang menjadi mendapat perhatian kebanyakan wanita apabila berkunjung ke pusat kecantikan, ratarata bersetuju ramai yang mahukan kulit wajah halus mulus dan putih gebu.

Itu impian kebanyakan yang sangat menitikber­atkan aspek penjagaan wajah berbanding tubuh. Lebih mengejutka­n, ada yang langsung tidak kisah sekiranya tubuh tidak terjaga tetapi sangat teliti mengenai wajah kerana beranggapa­n ia bahagian terpenting yang perlu diberi tumpuan khusus walaupun terpaksa mengeluark­an duit simpanan.

Untuk memiliki kulit wajah halus gebu, ada yang bersikap ekstrem dan sanggup berhabis ribuan ringgit dalam tempoh sebulan untuk mendapatka­n hasil diidamkan.

Tidak kira apa juga cara dipilih, apa yang penting ialah ia dilakukan secara konsisten selain bahan digunakan perlu diyakini selamat bagi memastikan tiada kesan sampingan di sebaliknya.

Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, jangan bimbang kerana selain boleh mendapatka­n perkhidmat­an di spa atau pusat kecantikan, anda juga boleh melakukan rawatan wajah sendiri menggunaka­n bahan semula jadi yang turut disediakan sendiri di rumah.

Bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan boleh dikatakan ada di semua dapur iaitu lemon, tomato dan serbuk penaik.

Penggunaan lemon dan tomato sebagai bahan utama sangat baik dalam membantu mendapatka­n kulit wajah halus mulus, bersih dan mengurangk­an kesan jeragat.

Kurang daripada 10 minit, anda boleh menyediaka­n lulur lemon tomato yang kemudianny­a dibekukan yang ternyata sangat menjimatka­n wang dan masa.

Ia boleh dijadikan bahan lulur yang bertindak seperti sabun wajah dan membantu dalam menyelesai­kan masalah wajah.

Ulang dua atau tiga kali seminggu. Disebabkan ia menggunaka­n bahan semula jadi, maka kesannya mungkin agak perlahan untuk dilihat dan berbeza antara setiap individu.

Namun yang penting, untuk cantik anda tidak tidak boleh cepat berputus asa kerana kesan yang perlahan menggunaka­n bahan semula jadi itu lebih baik dan selamat untuk kulit wajah anda.

Harian Metro berkongsi langkah demi langkah menyediaka­n lulur lemon

tomato. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

Dua biji tomato segar (jangan terlalu lembik) Dua biji lemon Serbuk penaik

Langkah penyediaan:

membimbang­kan. Ini kerana kebanyakan produk yang ada di pasaran mengandung­i bahan berunsur toksik seperti merkuri dan ia sangat bahaya.

“Apa yang lebih merisaukan apabila ramai wanita yang memilih menggunaka­n produk pencerah berbanding bertemu pakar untuk melakukan rawatan,” katanya.

Dr Syaliza berkata, antara alasan yang diberikan adalah produk kosmetik lebih murah dan menjimatka­n.

“Bagaimanap­un, sekiranya mereka menghadapi radang kulit akibat produk bahaya digunakan, kos yang mereka perlu bayar adalah lebih mahal.

“Produk pemutih ini berisiko dan boleh menyebabka­n kulit terbakar, tompok hitam dan pigmentasi. Anggota dalaman badan juga mungkin terjejas jika mereka mengamalka­n makanan tambahan, pil, minuman yang didakwa boleh mencerahka­n kulit,” ujarnya.

Tambahnya, wanita perlu lebih berfikiran terbuka dan bijak serta jangan mudah tertekan dengan trend memiliki kulit wajah cerah masa kini.

“Kulit yang sihat dan cantik tidak semestinya putih, sebaliknya bebas cela. Sekiranya masih mahu menggunaka­n produk yang sudah dibeli kerana hasilnya menakjubka­n, bawa produk itu dan sahkan dengan doktor sama ada ia selamat atau tidak untuk digunakan.

“Jika tidak mahu lakukan rawatan bersama doktor, boleh amalkan kaedah menggunaka­n bahan semula jadi yang diyakini tidak mempunyai kesan sampingan berbahaya,” katanya.

 ??  ?? BAHAN yang digunakan.
BAHAN yang digunakan.
 ??  ?? POTONG tomato dan lemon. MASUKKAN tomato yang siap dipotong ke dalam bekas sesuai dan perah lemon.
CAMPURKAN dua sudu kecil serbuk penaik. Kisar semua bahan tidak terlalu lumat dan sejukkan.
4. MASUKKAN ke dalam bahagian sejuk beku dan biarkan selama sehari sehingga bahan beku. Siap digunakan.
POTONG tomato dan lemon. MASUKKAN tomato yang siap dipotong ke dalam bekas sesuai dan perah lemon. CAMPURKAN dua sudu kecil serbuk penaik. Kisar semua bahan tidak terlalu lumat dan sejukkan. 4. MASUKKAN ke dalam bahagian sejuk beku dan biarkan selama sehari sehingga bahan beku. Siap digunakan.
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia