Harian Metro

KEMBALI BERAKSI J

- AFP

uara tujuh kali kejohanan utama, Park In-bee yang kembali bermain selepas berehat panjang, tidak merasakan aksinya semakin berkarat ketika bakal tampil mempertaha­nkan gelaran di Piala Founders LPGA minggu ini.

Bintang Korea Selatan berusia 30 tahun itu yang juga juara Olimpik, memulakan aksinya di Kelab Golf Wildfire di Phoenix, Arizona, dalam usaha untuk menyamai catatan juara dua kali kejohanan berkenaan, Karrie Webb.

“Saya masih merasakan diri saya cergas dan tidak sabar untuk bermain dalam kejohanan ini,” kata In-bee. “Pada mulanya, saya bimbang persembaha­n saya mungkin menurun tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya hanya cuba mencari putter terbaik yang sesuai dengan saya dan perlu membuat pukulan secara lebih konsisten.”

In-bee yang menduduki ranking keenam dunia, menamatkan saingan di kedudukan ke-14 di Singapura dalam kejohanan pertamanya sejak berkongsi tangga kelapan di Kejohanan Evian di Perancis, September tahun lalu.

Tempoh rehat yang dijalaniny­a berjaya membantu

 In-bee mahu menyamai catatan Karrie Webb di Piala Founders

In-bee untuk melupakan seketika soal golf.

“Ada kalanya saya rindu dengan sukan ini dan saya baru sedar bahawa saya benar-benar sukakannya.

“Tempoh rehat ini membuatkan saya sedar betapa saya tidak boleh berpisah dengan golf dan inilah yang saya mahu lakukan.”

In-bee tidak pernah memenangi apa-apa acara LPGA sejak menjulang gelaran jelajah buat kali ke-19 di Piala Founders tahun lalu.

“Tahun lalu, saya bermain baik di sini,” katanya.

“Lapangan ini sangat sesuai dengan saya. Lapangan ini mudah ditakluk dan semua pemain gembira beraksi di sini. Ramai yang berjaya mencipta birdie.”

Impian In-bee pada musim ini ialah untuk memenangi sebanyak mungkin kejohanan.

“Apa saja kemenangan akan menjadi sesuatu yang hebat. Sedar atau tidak, ini adalah kejohanan terakhir yang saya menangi tahun lalu dan justeru, ia memberikan satu motivasi yang sangat tinggi,” katanya.

Antara yang turut beraksi kali ini ialah Brittany Lincicome yang bakal menimang cahaya mata, September nanti.

“Ia agak gila,” kata Brittany. “Saya dan suami berusaha untuk menambah anak dan selepas mendapat tahu saya mengandung, sudah tentu ia amat menyeronok­kan.

“Saya dimaklumka­n doktor bahawa saya mengandung dua hari sebelum Krismas dan pada hari perayaan itu, saya memberitah­u suami. Kami sangat gembira.

“Saya tidak mahu terlalu membebanka­n diri dan akan cuba bermain seperti biasa saja.”

 ??  ?? IN-bee kelihatan lebih santai ketika beraksi.
IN-bee kelihatan lebih santai ketika beraksi.
 ??  ?? AKSI In-bee ketika melakukan pukulan.
AKSI In-bee ketika melakukan pukulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia