Harian Metro

Czech yakin tembusi benteng England

-

London: Republik Czech mahu mengambil kesempatan atas kelemahan benteng pertahanan England yang diketuai Harry Maguire apabila kedua-dua pasukan bertemu di kelayakan Euro 2020 awal pagi esok, kata penyerang, Matej Vydra.

Vydra yang bermain bersama Burnley berkata, kelabnya mencipta taktikal sama ketika mereka menentang kelab Maguire, Leicester City di Liga Perdana Inggeris musim ini dan pendekatan itu berbaloi apabila pemain pertahanan berkenaan dilayangka­n kad merah pada awal permainan.

“(England) serangan mereka sangat kuat. Pertahanan, saya tidak mengatakan ia tidak kuat, tetapi tidak mantap seperti barisan depan mereka,” kata Vydra.

“Sebagai contoh, Maguire. Kami berbincang mengenainy­a di Burnley sebelum kami menentang Leicester. Ada kalanya, dia seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku di belakangny­a. Itulah sebabnya mengapa dia mendapat kad merah selepas lima minit permainan ketika menentang Burnley.

Ketika England kehilangan pertahanan tengah Manchester City, John Stones akibat kecederaan, Maguire mungkin menyertai Michael Keane atau rakan sepasukan Vydra di Burnley, James Tarkowski di posisi berkenaan.

Vydra berkata, Czechs merancang untuk menghalang hantaran England dengan melakukan beberapa terjahan, selain menghalang lawan daripada memegang bola terlalu lama.

“(England) suka memegang bola dan kami perlu merapatkan diri dengan mereka,” katanya. “Kalau kami bertindak agresif, mereka mungkin mengubah permainan dengan melakukan satu dua sentuhan saja.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia