Harian Metro

Les Bleus harap keputusan positif di Chisinau

-

ben Loftus-Cheek dan Trent Alexander-Arnold turut disenaraik­an, tetapi terpaksa digugurkan akibat kecederaan.

“Ia sesuatu yang bagus kerana pemain muda ini semuanya berbakat. Ia petanda bagus buat England kerana

dalam tempoh terdekat ini, kami akan mempunyai pasukan besar,” katanya.

“Pemain muda yang ada sekarang akan lebih berpengala­man dalam tempoh setahun atau dua lagi.

“Masa depan bola sepak England sangat cerah dan jika diperhatik­an kepada aksi masing-masing bersama kelab, sudah tentu ia bagus buat skuad kebangsaan.

“Terpulang kepada saya untuk membantu mereka menyesuaik­an diri dengan pemain lebih senior dan secara peribadi, saya juga seronok dengan kehadiran pemain muda ini.” Paris: Perancis akan bertandang ke Chisinau untuk berdepan Moldova pada kempen kelayakan Euro 2020 dan walaupun ia tidak sehebat aksi Piala Dunia, pemain tengah, Paul Pogba percaya keputusan positif bakal menyuntik semangat juang Les Bleus.

Setakat ini, Le Bleus sudah beraksi enam perlawanan empat dalam Liga Negara-Negara dan dua lagi aksi persahabat­an.

Tetapi, perlawanan pembukaan Kumpulan H menentang Moldova akan menjadi bukti kemampuan mereka untuk ke kejohanan utama selepas ini.

“Memang benar, bukan mudah untuk kembali bermain dan kini kami memiliki hala tuju baharu selepas memenangi Piala Dunia,” kata Pogba.

“Tetapi, kami perlu laksanakan. Ia tugas kami dan kami perlu terus profesiona­l. Kami belum berada di kejohanan sebenar. Ini baharu kempen kelayakan. Kami mahu menang. Kami mahu berada di kedudukan teratas kumpulan.”

Perancis diundi dalam kumpulan sama dengan Moldova, Albania, Turki, Andorra dan Iceland - lawan yang akan ditemui di Stade de France, Selasa nanti.

Dua pasukan teratas akan layak ke pusingan akhir.

Jurulatih, Didier Deschamps memanggil semula Kingsley Coman selepas penyerang Bayern Munich itu diketepika­n pada Piala Dunia.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak sabar untuk bermain di Euro 2020.

“Ia tidak pernah mudah. Ia hanya akan menjadi mudah jika kami menjadikan ia mudah,” katanya. “Kami perlu mengharung­i semua perlawanan dengan tumpuan tinggi dan kekal bermotivas­i.

“Saya rasa pasukan kami masih dahagakan kejayaan. Untuk mencapainy­a, kami perlu layak terlebih dulu.” AFP

 ??  ?? SOUTHGATE (tengah) percaya pemain muda
England mampu berikan yang terbaik buat pasukan berdasarka­n prestasi semasa di kelab masing-masing. SANCHO (tengah) beraksi cemerlang bersama Dortmund.
SOUTHGATE (tengah) percaya pemain muda England mampu berikan yang terbaik buat pasukan berdasarka­n prestasi semasa di kelab masing-masing. SANCHO (tengah) beraksi cemerlang bersama Dortmund.
 ??  ?? POGBA (kanan) harap rakan kekal bermotivas­i mengharung­i setiap perlawanan.
POGBA (kanan) harap rakan kekal bermotivas­i mengharung­i setiap perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia