Harian Metro

‘Zii Jia perlu lebih tenang, fokus’

-

Kuala Lumpur: Bekas perseorang­an lelaki negara, Ong Ewe Hock mengakui Lee Zii Jia bakal menggalas tanggungja­wab besar di Terbuka Malaysia selepas Datuk Lee Chong Wei menarik diri atas nasihat doktor.

Bagaimanap­un, juara dua kali Terbuka Malaysia itu sedikit gusar dengan kemampuan pemain berusia 21 tahun itu yang dianggapny­a masih kurang matang.

“Memang tidak banyak wakil Malaysia akan beraksi dalam saingan perseorang­an lelaki di kejohanan berkenaan, namun kita mengharapk­an kedua-duanya (Zii Jia dan Liew Daren) mampu memberikan permainan terbaik,” katanya ketika dihubungi Arena Metro. Ujarnya, Zii Jia sekarang ini memang dalam perjalanan untuk menjadi pemain terbaik negara dan berusaha sebaik mungkin mengambil alih peranan Chong Wei.

“Dia (Zii Jia) akan menggalas tanggungja­wab besar dan kita harapkan semua berjalan lancar, tapi bagi saya dia belum cukup matang. Paling penting dia harus fokus dan bekerja kuat kerana di kejohanan itu nanti ramai pemain handalan dunia lain akan turut beraksi,” katanya yang muncul juara Terbuka Malaysia pada 1996 dan 2001.

Dalam masa sama, Ewe Hock turut mengakui Zii Jia masih mempunyai kelebihan apabila beraksi di gelanggang sendiri.

“Ambil peluang beraksi di tempat sendiri dan berikan segala-galanya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya.

Kelmarin, Zii Jia mengharapk­an peminat tempatan datang beramai-ramai ke Arena Axiata awal bulan depan untuk memberikan sokongan padu kepadanya walaupun kejohanan kali ini kurang seri tanpa kehadiran Chong Wei.

 ??  ?? ZII JIA
ZII JIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia