Harian Metro

Skuad muda luar biasa

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Choong Hann puji semangat melawan pemain ketika tewas kepada China

secara keseluruha­n aksi pemain muda negara harus dipuji terutama perseorang­an lelaki, Cheam June Wei yang menunjukka­n sikap melawan

(gambar)

yang tinggi.

“June

Wei ada kemahuan untuk mencari kemenangan. Dia juga berjaya mengatasi gemuruh dan ia membantuny­a memberikan persembaha­n terbaik,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Beliau juga mengakui sedikit gembira apabila June Wei berjaya mencuri satu mata daripada China selepas menumpaska­n Lu Guangzu 21-12, 21-17.

“Kita tidak terkejut Guangzu akan diturunkan kerana dia berjaya mempamerka­n permainan terbaik di Seluruh England baru-baru ini. Sebab itulah, untuk perlawanan perseorang­an lelaki ini, saya dan jurulatih, Indra Wijaya menganggap ia sangat berharga.

“Sekurang-kurangnya June Wei mempunyai pengalaman dan belajar. Ia lebih penting,” kata bekas perseorang­an lelaki negara itu.

Malaysia mara ke suku akhir walaupun tumpas dengan China, apabila menjadi pasukan kedua terbaik dalam Kumpulan D selepas mengalahka­n Macau 5-0 kelmarin. Bagaimanap­un, skuad negara bermula dengan langkah sumbang apabila gandingan beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kalah 15-21, 19-21 kepada Han Chengkai-Zhou Haodong.

China terus memberi tekanan kepada skuad muda negara apabila memperoleh mata kedua dalam aksi perseorang­an wanita, selepas Lee Ying Ying kalah 17-21, 5-21 kepada Han Yue. China yang turut membariska­n skuad muda berjaya mengesahka­n kemenangan apabila beregu wanita mereka Du Yue-Li Yinhui menumpaska­n Lim Chiew Sien-Pearly Tan 21-11, 21-18.

Sementara itu, June Wei bertambah semangat untuk beraksi di suku akhir hari ini, walaupun lawan hanya diketahui lewat malam semalam melalui undian semula.

Saya bermain dengan baik hari ini (semalam) dan berharap mampu mengekalka­n momentum.

“Keseluruha­n suasana di gelanggang ini sangat baik dan saya berasa selesa untuk beraksi. Apa yang ada di dalam fikiran saya ialah fokus kepada perlawanan saja,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia