Harian Metro

#TabungX mampu jana kantung YAKEB

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kantung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dijangka kukuh sekiranya program “Tabung YAKEB for X Athlete (#TabungX) mampu menjana jumlah yang diharapkan bagi mengurangk­an beban kewangan ditanggung mereka.

Tabung yang mendapat kerjasama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PERSAMA) diharapkan mampu mengutip sekitar RM1.2 juta setahun yang diletakkan di 500 kedai mamak sekitar Lembah Klang.

“Bayangkan jika sehari sebuah restoran mampu mengutip RM10, jadi jumlahnya mungkin mencecah RM1.2 juta dalam tempoh setahun. Ia juga mungkin bertambah atau berkuranga­n apabila tiba bulan puasa nanti.

“Bagaimanap­un, pada peringkat awal sebanyak 500 tabung akan diletakkan di kedai mamak sekitar Lembah Klang serta mungkin diperluask­an ke seluruh negara membabitka­n 4,000 tabung.

Malah kami akan menimbang untuk memperluas­kannya kepada pengusaha restoran lain termasuk bumiputera,” jelas Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed

(gambar)

pada majlis prapelanca­ran program itu.

Noorul berharap tabung berkenaan akan dapat menarik masyarakat bagi menolong YAKEB menyalurka­n bantuan kepada kira-kira 3,000 ahli terdiri daripada bekas atlet yang pernah mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa.

“Ini satu daripada medium untuk kami mencari dana. Kami turut berusaha mendapatka­n syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta kerajaan negeri dalam membantu memberikan bantuan khususnya bekas atlet di negeri mereka sendiri,” katanya.

YAKEB pernah mengalami masalah kewangan tahun lalu sehingga terpaksa menghentik­an bantuan kepada ahlinya namun kini mendapat suntikan dana berjumlah RM3 juta daripada kerajaan bagi membolehka­n mereka memanfaatk­annya sebaik mungkin.

Noorul yang dilantik mengetuai YAKEB pada awal bulan ini, meletakkan sasaran untuk memastikan dana yayasan mampu mencecah sehingga

RM5 juta bagi memastikan mereka tidak lagi berdepan masalah dalam memastikan kebajikan ahlinya terjaga.

Skuad negara mendapat pujian daripada Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann walaupun tumpas 1-3 kepada China dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di

Hong Kong semalam.

Choong

Hann mengakui

muda

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia