Harian Metro

Aura ‘queen stage’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

 LTdL jadi tumpuan dunia dengan kos mencecah RM22j

Perbelanja­an tinggi mencecah RM22 juta dijangka mampu membolehka­n perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 kembali menjadi tumpuan dunia bulan depan.

Selain kehadiran semula ‘queen stage’ iaitu pendakian kategori hors ke Genting Highlands selepas kali terakhir pada 2014, edisi ke-24 turut menyaksika­n kehadiran pelumba yang mencipta nama di LTdL, Andrea Guardini bersama Bardiani CSF.

Pelumba dari Itali yang diberi jolokan ‘Mr Langkawi’ mengesahka­n penyertaan pada perlumbaan berlangsun­g dari 6 hingga 13 April bagi melebarkan rekod sebagai pemenang peringkat terbanyak LTdL iaitu 24 kali.

“Malah kami sudah boleh mengesahka­n dua pasukan Pro Tour iaitu Astana dan Scott- Mitchelton, lapan pasukan Profesiona­l Benua selain beberapa juara dunia B-23 dari Australia dan Amerika Syarikat (AS) bertanding kali ini.

“Dua peringkat terakhir turut dipertandi­ngkan di Pulau Langkawi bagi menonjolka­n imej pulau terbabit,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL, Datuk Ahmad Mustafa pada majlis pelancaran laluan disempurna­kan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Penganjur berharap faktor menarik terbabit mampu mengembali­kan kegemilang­an LTdL seperti swasta sudah mencukupi diharapkan Kementeria­n dan tidak timbul sebarang

Belia dan Sukan (KBS) yang masalah. memperuntu­kkan geran “Kos tinggi RM8 juta. Mengenai kerana membabitka­n kos tinggi aspek dikeluarka­n, penyiaran. Ahmad Secara keseluruha­nnya, menjelaska­n LTdL melihat kepada penajaan rangkaian liputan pihak ke 100 negara dengan 310 juta

penonton melalui televisyen dan 70 juta penonton melalui Cycling.TV dari seluruh dunia.

“Kita akan mengumumka­n barisan penaja dalam masa terdekat. Tiada sebarang kebimbanga­n kerana kami sudah mendapat penajaan mencukupi,” katanya.

Pada masa sama, beliau percaya cuaca panas di Malaysia ketika ini tidak akan menjadi halangan kepada pelumba profesiona­l dan tiada menjadi isu.

“Kami turut mendapat nasihat pihak bomba terutamany­a dalam aspek persekitar­an yang mungkin timbul seperti kebakaran belukar dan sebagainya,” jelasnya.

Saingan LTdL 2019 bakal bermula dari Kuala Lumpur dan tamat menerusi perlumbaan kriterium di Pulau Langkawi dengan lapan peringkat perlumbaan melibatkan jarak keseluruha­n 1,239.6km.

Menerusi laluan dipilih, pelumba mewakili 22 pasukan bertanding berpeluang berkayuh melewati bangunan ikonik seperti Istana Kehakiman, Putrajaya, Masjid Zahir (Kedah), Batu Caves, dataran sawah padi dan rimba hijau Malaysia yang bakal mempamerka­n khazanah dan identiti menarik negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia