Harian Metro

Persaingan tak jejas MotoGP Malaysia

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia akan kekal menganjurk­an Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) pada dua pusingan terakhir yang dilabel ‘eksklusif’ pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali

berkata, pemegang hak penganjura­n MotoGP, Dorna sudah memberi jaminan untuk tidak menukar kalendar pusingan di Malaysia meskipun kini mendapat saingan daripada negara Asia Tenggara, Thailand yang mula menganjurk­an perlumbaan berpestij itu tahun lalu serta Indonesia bermula 2021.

“Hubungan kita dengan Dorna begitu baik. Sebelum mereka mengesahka­n Thailand dan Indonesia menganjurk­an saingan MotoGP, saya sudah beritahu Dorna Malaysia perlu kekal di pusingan sekarang. “Bermaksud Malaysia perlu menganjurk­an perlumbaan MotoGP dalam dua pusingan terakhir.

“Dorna bersetuju dengan cadangan kami dan tidak akan mengubah kalendar perlumbaan di

Litar Antarbangs­a

Sepang (SIC),” katanya.

Kalendar perlumbaan pada hujung tahun dilihat eksklusif berbanding awal musim kerana barisan pelumba sedang bersaing untuk menentukan kejuaraan dunia, sekali gus menjadikan penganjura­n MotoGP bagi satu-satu negara itu cukup menarik dan meriah.

Sementara itu, Razlan menjangkak­an

(gambar)

jumlah kehadiran penonton ke SIC tidak akan terjejas selepas mendapat saingan dari Thailand dan Indonesia.

“Sebab 85 peratus pentonton menyaksika­n perlumbaan di Sepang adalah penonton tempatan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain,Razlan mengumumka­n peletakan jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) berkuatkua­sa semalam.

Beliau membuat keputusan itu untuk memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), selain Prinsipal PETRONAS Yamaha SRT yang beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Surat peletakan jawatannya itu sudah diserahkan kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir yang menggantik­an Tan Sri Azman Yahya.

Razlan berkata, pengundura­nnya demi kebaikan MAM selain turut mengumumka­n Muizz Azli sebagai penggantin­ya.

“Muizz adalah pengganti paling sesuai kerana dia sering berdepan kes undang-undang membabitka­n sukan permotoran.

Saya percaya Muizz mampu membawa MAM ke satu tahap lebih baik,” katanya.

 ??  ?? AHMAD (kiri) bersama Syed Saddiq pada majlis Pra Pelancaran Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019 di Kementeria­n Belia dan Sukan, semalam.
AHMAD (kiri) bersama Syed Saddiq pada majlis Pra Pelancaran Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019 di Kementeria­n Belia dan Sukan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia