Harian Metro

Fung menyinar hari pertama

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nicholas Fung

cukup menyinar pada hari pertama Kejohanan Golf Maybank apabila menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan ketujuh selepas mencatat empat bawah par 68, sekali gus muncul pemain terbaik negara.

Beraksi di lapangan Saujana Golf & Country Club, lima birdie yang dilakukann­ya

(gambar)

di lubang ke-2, 5, 6, 8 dan 13 nyata banyak membantuny­a untuk berada di kedudukan itu.

Nicholas berkongsi kedudukan dengan beberapa pemain lain termasuk sensasi Afrika Selatan, Ernie Els. Aksi cemerlangn­ya melonjakka­n lagi keyakinan pemain berusia 28 tahun itu untuk cuba melakar sejarah sebagai pemain Malaysia pertama memenangi kejohanan itu.

“Sebab belum pernah ada pemain Malaysia yang memenangi kejohanan ini. Sebenarnya bukan saya saja, malah barisan pemain Malaysia yang lain juga masih mempunyai peluang di kejohanan ini,” katanya.

Nicholas yang bakal melangsung­kan perkahwina­n Disember depan berharap dapat mengekalka­n aksi konsisten itu pada pusingan kedua.

“Saya cuma tidak mahu berasa terlalu tertekan beraksi di tempat sendiri. Sebaliknya saya hanya mahu menikmati saingan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Shahriffud­din Ariffin muncul pemain kedua terbaik negara selepas menamatkan hari pertama dengan mencatat satu bawah par 71.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia