Harian Metro

Laluan sukar buat Barca

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas bintang Barcelona, Luis Garcia percaya Manchester United tidak akan memberi laluan mudah kepada Barcelona pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara bulan depan.

Meskipun United melalui musim yang tidak begitu konsisten, Garcia berkata, apa saja boleh berlaku dalam perlawanan penting seperti di suku akhir.

Garcia sendiri pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara ketika bersama Liverpool pada 2005.

“Sejak akhir-akhir ini prestasi United agak memberangs­angkan sepanjang di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

“Saya masih percaya Barcelona adalah pasukan pilihan tetapi ia bukanlah jaminan untuk mereka dapat meneruskan kemaraan. Saingan di suku akhir pasti lebih berbeza. Pasukan pilihan seperti Real Madrid juga terkandas awal,” katanya.

Garcia yang juga duta Barcelona diundang ke Kejohanan Golf Maybank bersama bekas pertahanan United, Nemanja Vidic.

Selain meluangkan masa bersama peminat, kedua-duanya juga sempat bermain sepak takraw yang menjadi sebahagian daripada aktiviti di kejohanan itu.

“Mana hak kami? Bila lagi nak bayar pitis (wang) kami? Kami memerlukan pitis bagi meneruskan kelangsung­an hidup, jangan buat kami menderita sebegini, kesabaran kami juga ada hadnya,” kata bekas pemain Terengganu City FC (TCFC), Khairul Ramadhan Zauwawi

Menurutnya, sudah lebih dua minggu dia dan beberapa rakan menunggu tunggakan gaji yang sepatutnya dikreditka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun masih hampa.

“Kami tidak dengki apabila ada sebahagian daripada rakan-rakan sudah dapat habuan selama dua bulan gaji pada awal Mac lalu, Alhamdulil­lah dan terima kasih FAM, tapi biarlah semua pemain musim lalu dapat.

“Apabila sebahagian lagi bekas pemain terpaksa melopong untuk mendapatka­n pitis, ia bagaikan menunggu buah yang tidak gugur walaupun sebelum ini FAM memaklumka­n sudah kreditkan pitis itu ke dalam akaun peribadi pemain masing-masing pada 7 Mac lalu.

“Lebih menyedihka­n, hampir setiap hari kami mengunjung­i mesin ATM (mesin pengeluara­n wang automatik) untuk membuat semakan, namun akhirnya pulang hampa selain terpaksa berbaris panjang,” katanya.

(gambar).

 ?? FOTO: ?? GARCIA (kanan) bersama Vidic (kiri) di Kejohanan Golf Maybank 2019.
FOTO: GARCIA (kanan) bersama Vidic (kiri) di Kejohanan Golf Maybank 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia