Harian Metro

Tagih bisa ‘Trio SAH’

Safawi, Akhyar, Hadi dijangka diturunkan berdepan Filipina

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Skuad bawah 22 (B-22) tahun negara dijangka mempertaru­hkan gandingan ‘trio SAH’ membabitka­n Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyadh Abd Razak dalam aksi pertama menentang Filipina pada kempen kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Safawi dan Akhyar yang tidak bersama pasukan ketika dimalukan pada saingan Piala AFF B-22 di Kemboja bulan lalu, bakal menambah sengat di jentera depan sekali gus cuba memburu kemenangan besar sebelum berdepan dua lagi lawan dalam kumpulan J iaitu Laos dan China.

Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, aksi baik yang diperagaka­n Safawi dan Akhyar bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Hadi di kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama mampu memperbaik­i posisi serangan yang agak tumpul sebelum ini.

“Kami mempersiap­kan diri untuk aksi ini. Seperti saya katakan sebelum ini, menjadi harapan mana-mana jurulatih untuk menghimpun­kan pemain terbaik dalam pasukan.

“Kehadiran Safawi dan pemain lain pasti memberi kelebihan kepada pasukan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau yang membawa Malaysia mara ke suku akhir Kejuaraan AFC B-23 di China pada edisi lalu, menegaskan tumpuan utama adalah memastikan tiga mata dapat diraih apabila menentang Filipina yang dikendalik­an Randolfo Clarino.

“Yang penting kita dapatkan kemenangan dan sudah tentu jumlah jaringan juga memainkan peranan untuk mendapatka­n tiga mata sebelum memikirkan apa langkah seterusnya yang perlu dilakukan untuk berdepan Laos dan China,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Filipina, Randolfo Clarino percaya anak buahnya mampu menggugat Malaysia dalam perlawanan itu.

Katanya, selepas membuat rombakan berikutan prestasi hambar ketika Piala AFF B-22 bulan lalu, beliau mengharapk­an keputusan positif mampu dicapai, sekali gus mencabar tuan rumah, Laos dan China.

“Saya berpuas hati dengan pemain yang ada sekarang. Kami mempunyai ramai pemain muda berbakat cuma mereka perlu diberi peluang untuk dikembangk­an.

“Jadi, untuk persiapan perlawanan nanti saya cuma mahukan mereka ikut segala apa yang dirancang dan patuh segala arahan saya.

“Jika mereka ikut setiap yang diberitahu dan beri perhatian pada perlawanan ini, pasti tiga mata berada dalam tangan kita,” katanya pada sidang media sama.

 ??  ?? KIM Swee (dua dari kiri) bersama Hiddink (kanan) pada sidang media, semalam.
KIM Swee (dua dari kiri) bersama Hiddink (kanan) pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia