Harian Metro

SENGSARA TIADA AIR!

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Penduduk DUN Balung desak atasi masalah bekalan kerap terputus sejak 10 tahun lalu

Katanya, keadaan itu bukan sahaja menjejaska­n aktiviti seharian, malah mengakibat­kan mereka hidup dalam keadaan tertekan.

“Penduduk mengeluh kerana terpaksa berhadapan situasi sukar akibat masalah bekalan air terputus terutama kepada keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas,” katanya yang mahu isu itu diselesaik­an segera.

Penduduk Taman Perwira Ranggu, Hasbi Selamat, 38, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu bermula sejak tahun 2013 dan berlarutan sehingga kini.

“Sejak itu, bekalan air kerap mengalami masalah sehingga terpaksa dicatu selama beberapa hari, malah pernah terputus 15 hari.

“Walaupun penduduk mempunyai tangki simpanan air, tetapi hanya boleh bertahan beberapa hari sahaja,” katanya.

Sementara itu, Osman berkata, hasil perbincang­an dengan pihak JAT, beberapa keputusan diambil antaranya penduduk Bandar Sri Indah akan menerima bekalan air daripada Loji Balung.

Selain itu, katanya, JAT akan menggunaka­n lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan perumahan yang terbabit termasuk Taman Perwira, Ranggu Saujana, Desa Ranggu dan Taman Alamanda.

Pada pertemuan itu, penduduk turut menyerahka­n memorandum bagi mendesak kerajaan negeri dan JANS supaya Projek Empangan Cinta Mata yang ditangguhk­an sebelum ini diteruskan.

Dalam pada itu, Jurutera Air Bahagian Tawau, Asabri Robinsen berkata, antara punca utama masalah bekalan air di beberapa kawasan perumahan terbabit disebabkan kapasiti loji tidak mampu menampung keperluan harian penduduk sehingga catuan terpaksa dilakukan.

“Sepanjang dua minggu lalu, paras air di tiga loji utama di daerah ini iaitu Loji Cinta Mata, Loji Utara dan Loji Balung masing-masing mencatatka­n kadar penurunan bekalan air sehingga 50 peratus,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? WAKIL penduduk di kawasan taman perumahan di ADUN Balung menyerahka­n memorandum kepada Osman (dua dari kiri) sambil disaksikan Asabri (bersongkok) di hadapan pejabat Jabatan Air Tawau. Masalah berlarutan
sejak 2013, penduduk pernah terputus bekalan air berterusan selama
15 hari JAT menggunaka­n lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan perumahan yang terlibat.
WAKIL penduduk di kawasan taman perumahan di ADUN Balung menyerahka­n memorandum kepada Osman (dua dari kiri) sambil disaksikan Asabri (bersongkok) di hadapan pejabat Jabatan Air Tawau. Masalah berlarutan sejak 2013, penduduk pernah terputus bekalan air berterusan selama 15 hari JAT menggunaka­n lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan perumahan yang terlibat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia