Harian Metro

Dua penagih ditahan miliki senapang buatan sendiri

-

Kota Belud: Serbuan polis di sebuah pondok di Kampung Bangkahak Nayasan, di sini, Selasa lalu, bukan sahaja menemui dua lelaki leka menagih dadah, malah dua laras senapang buatan sendiri jenis guli turut ditemui.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kegiatan dua suspek terbabit.

Katanya, sebaik menerima aduan, pasukan Task Force, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud segera melancarka­n operasi jam 11.30 malam untuk menyerbu dua suspek di lokasi berkenaan.

“Ketika serbuan dijalankan, dua suspek tempatan berusia 38 tahun dan 36 tahun leka mengambil dadah jenis Methamphet­amine sebelum kedua-duanya ditahan.

“Malah, selain beberapa paket serbuk hablur jernih (dadah) ditemui, polis turut menemui dua laras senapang guli,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Zaidi berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu mengaku kedua-dua senjata buatan sendiri itu miliknya dan menggunaka­nnya beberapa kali bagi tujuan berburu.

“Beberapa paket dadah sudah digunakan dan polis merampas baki dadah sebanyak 0.2 gram yang dianggarka­n bernilai RM50 dan dua laras senapang guli berkenaan.

“Kedua-dia suspek direman bermula hari ini mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8 (1) Akta Senjata 1960 (Akta 206),” katanya.

 ??  ?? LOKASI kedua-dua suspek ketika diserbu polis. Gambar kanan, dua senapang yang turut dirampas.
LOKASI kedua-dua suspek ketika diserbu polis. Gambar kanan, dua senapang yang turut dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia