Harian Metro

Hilang tempat berteduh

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

 Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang kediaman terbakar

Seramai 15 penghuni dari empat keluarga di Kampung Kawang-Kewang, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, pagi semalam.

Kejadian jam 8.55 pagi itu, turut menyebabka­n sebuah kereta Proton Iswara rosak akibat bahang api.

Bagaimanap­un, tiada mangsa dilaporkan cedera apabila sebahagian penghuni tiada di rumah kerana bekerja manakala yang lain berjaya keluar menyelamat­kan diri.

Penghuni, Adinah Stidin, 37, yang berkhidmat sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, ketika kejadian, dia berada di Kota Kinabalu untuk menyertai bengkel.

“Bagaimanap­un, sebaik saya dimaklumka­n ahli keluarga mengenai kejadian, saya bergegas pulang dan mendapati rumah sudah hangus.

“Hanya kenderaan sempat diselamatk­an apabila ditarik penduduk kampung. Buat masa ini, kami menumpang di rumah kakak saya yang tinggal berjiran,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Rozlan Osman berkata, sebaik menerima panggilan jam 9 pagi, enam anggota bergegas ke lokasi kejadian berserta sebuah jentera.

“Api merebak ke seluruh bahagian rumah dengan cepat dan pasukan bomba terpaksa mendapatka­n saliran air daripada sungai bagi mengelak api merebak ke rumah jiran.

“Operasi berjaya dikawal dan ditamatkan jam 10.39 pagi manakala punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Operasi memadam api turut dibantu empat anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Kampung Kawang-Kawang.

 ??  ?? PASUKAN bomba memadam kebakaran di Kampung Kawang-kawang yang mengakibat­kan 15 penghuni hilang tempat tinggal.
PASUKAN bomba memadam kebakaran di Kampung Kawang-kawang yang mengakibat­kan 15 penghuni hilang tempat tinggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia