Harian Metro

Ajal nahas langgar lari

-

Seorang penghantar surat khabar maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Tun Jugah di sini, semalam.

Kejadian jam 6.15 pagi itu berlaku ketika lelaki warga emas, Chong Kui Hin, 67, menunggang motosikal jenis Honda C100 dalam perjalanan menghala ke Kuching Sentral di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis BMW.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, mangsa terhumban ke bahu sebelah kiri jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

“Kereta yang melanggar mangsa bagaimanap­un melarikan diri, namun ditemui ditinggalk­an di tepi Jalan Airport, berhampira­n Kuching Sentral.

“Kereta BMW yang kemek di bahagian depan itu kemudian ditunda ke Balai Trafik untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya kini giat mengesan pemandu kereta terbabit yang melarikan diri selepas kejadian itu.

 ??  ?? MAYAT penghantar surat khabar di lokasi kejadian.
MAYAT penghantar surat khabar di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia