Harian Metro

Budak lemas jatuh loji rawat air

-

Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam Loji Rawatan Air di Jalan Miri-Bintulu, Lambir, di sini, semalam.

Kejadian jam 12 tengah hari itu berlaku ketika Hairil Iskandar, 11, dikatakan mahu mencuci kakinya selepas berjoging bersama tiga rakan.

Bagaimanap­un, mangsa yang berasal dari Kampung Lambir tergelinci­r lalu terjatuh ke dalam loji dengan kedalaman tujuh meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.16 tengah hari dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan enam anggota BBP Lopeng terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan 11 anggota,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia