Harian Metro

Wanita simbah air panas ke muka mentua

-

Berang dengan tindakan ibu mentua yang sering menegurnya, seorang wanita tergamak menyimbah air panas ke muka warga emas itu dalam kejadian di Jalan Laichee, di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, wanita warga Indonesia berusia 26 tahun itu bertindak demikian selepas mangsa berusia 62 tahun menegurnya kerana sering membawa rakan perempuan pulang ke rumah sewa ketika ketiadaan suaminya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika kejadian jam 3 petang itu, berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum wanita terbabit menyimbah air panas ke arah mangsa.

“Akibatnya, mangsa melecur di bahagian muka, dada, bahu dan paha. Mangsa kemudian berlari keluar rumah dan meminta bantuan jiran untuk menyapu ubat gigi pada bahagian yang melecur.

“Mangsa yang ditemani anaknya membuat laporan jam 3 petang, Rabu lalu selepas mendapatka­n rawatan di Hospital Sibu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, polis turut membawa mangsa ke hospital semula untuk rawatan dan pemeriksaa­n doktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia