Harian Metro

‘TOLONG HORMATI KAMI’

-

Abang mangsa kecewa baca komen daripada netizen di Facebook

“Saya berharap netizen menghormat­i perasaan ahli keluarga saya, berhenti cakap bukan-bukan.”

Itu permintaan abang kepada Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 21, yang dilaporkan hilang sejak lapan bulan lalu dan dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat lelaki dalam tangki air di FELDA Palong 12, Isnin lalu.

Abang sulung kepada mangsa yang enggan dikenali berkata, dia kecewa apabila membaca pelbagai komen daripada netizen di Facebook mengenai kejadian menimpa adiknya.

“Keluarga kami terguris hati dengan pelbagai komen berbaur negatif dan pelbagai tuduhan sehingga menyinggun­g perasaan ibu bapa saya. Mereka sudah cukup terkesan dengan kehilangan adik.

“Biarlah polis yang jalankan siasatan,” katanya ketika

dihubungi, semalam.

Dia berharap polis dapat menyegerak­an siasatan bagi mengetahui punca kejadian jika benar mayat yang ditemui itu adalah adiknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­dan Muhd Nur Hishamuddi­n Hashim berkata, polis masih menjalanka­n siasatan mengenai penemuan motosikal dipercayai milik mangsa yang ditemui di ladang kelapa sawit berhampira­n tangki air di FELDA Palong 12, Rabu lalu.

Katanya, setakat ini, tiada petunjuk baru ditemui dan pihaknya belum memanggil mana-mana individu untuk dirakam keterangan sehingga identiti mayat itu diperoleh.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya polis menahan seorang wanita dikatakan teman wanita mangsa di sebuah rumah di tanah rancangan itu seperti disebarkan orang ramai melalui aplikasi WhatsApp.

Penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik di Universiti Teknologi MARA Cawangan Raub, Pahang itu hilang sejak 9 Julai tahun lalu.

Mangsa keluar dari rumah dengan menunggang motosikal Modenas MR1 dan gagal dikesan sehingga kini.

Bagaimanap­un, pada Isnin lalu, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat di dalam tangki air sebelum pihaknya bersama bomba menjalanka­n operasi mengeluark­an mayat terbabit.

Polis turut menemui dompet dan MyKad di dalam seluar bersama mayat itu yang didapati milik mangsa, namun perlu mendapatka­n keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik untuk pengesahan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 27 Mac lalu.
LAPORAN Harian Metro 27 Mac lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia