Harian Metro

‘Semoga arwah ditempatka­n di syurga’

-

“Semoga arwah ditempatka­n di syurga,” kata Ramzainiah Haron, 48, ibu kepada Nurul Ilham Najwa Rahimi, 20, yang maut bersama empat ahli keluarga dalam kemalangan di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampira­n Kampung Jeram Busu, Raub,

Pahang, semalam.

Jenazah Nurul Ilham Najwa selamat dikebumika­n bersama pasangan suami isteri, Mohd Sajury Abdullah, 63, Sobariah Haron, 54, dan anak lelaki mereka Uwais AlQurney Abdullah, 6, di Tanah Perkuburan Islam Mukim Junoh di sini, jam 10 pagi, semalam.

Sebelum itu, jenazah empat ahli keluarga itu disembahya­ngkan di rumah keluarga di Kampung Mak Mayong di sini.

Jenazah Faezuan Nor Izuddin, 26, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kubang Chenok, Jelawat, Bachok jam 1.34 pagi.

Ramzainiah berkata, arwah anaknya seorang yang baik dan mendengar kata.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi dan sudah halalkan semuanya. Semoga arwah ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” katanya.

 ??  ?? AHLI keluarga dan penduduk kampung mengaminka­n doa selepas selesai pengkebumi­an empat jenazah.
AHLI keluarga dan penduduk kampung mengaminka­n doa selepas selesai pengkebumi­an empat jenazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia