Harian Metro

Cuaca panas tak gugat teruja pengunjung

-

membaca doa memohon demonstras­i dijalankan berjalan lancar.

Sementara itu, juruterban­g helikopter AW139 Komander Maritim Mohd Ikmal berkongsi rasa bangga kerana diberi kepercayaa­n untuk bersama-sama menjayakan demonstras­i sejak LIMA’15 lagi.

“Kami melakukan latihan awal iaitu lima hari sebelum LIMA’19 bermula. Latihan awal penting untuk membina persefaham­an bukan saja antara pengendali aset udara sebaliknya bot di laut.

“Sepanjang latihan, kami akan kenal pasti kelemahan yang timbul dan cari jalan untuk mengatasin­ya, sekali gus mengelak kemalangan,” katanya. Langkawi: Pelbagai ragam dan gelagat pengunjung dapat disaksikan pada Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang dibuka kepada awam semalam.

Di landasan utama yang menghimpun­kan 42 pesawat, pengunjung tidak berganjak menonton aksi aerobatik di udara walaupun suhu mencecah 32 darjah celsius.

Tinjauan mendapati, pengunjung dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas turut teruja menonton pertunjuka­n udara walaupun berada atas kerusi roda.

Mohd Mansor Mohd Yusoff, 62, dari Mantin, Negeri Sembilan, antara pengunjung OKU yang tiba awal di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) untuk menyaksika­n pertunjuka­n udara.

“Pameran ini diadakan dua tahun sekali, jadi saya bersama anak cucu sudah membuat perancanga­n sejak akhir tahun lalu untuk datang ke Langkawi.

“Tiada masalah walaupun datang dengan kerusi roda untuk menonton pertunjuka­n udara kerana ada anak-anak yang membantu,” katanya yang kudung kaki kiri separas lutut selepas dipotong akibat kencing manis.

Suri rumah, Maznah Shahadan, 46, dari Setiawan, Perak, berkata dia membeli lapan payung untuk kegunaan anak dan cucunya berteduh daripada panas.

“Lebih baik gunakan payung untuk berteduh kerana jika terdedah kepada cuaca panas, badan cepat kekurangan air dan memudaratk­an kesihatan.

“Tak apa, keluarkan sedikit belanja untuk beli payung atau topi kerana ia baik untuk kesihatan,” katanya yang datang ke Langkawi bersama 10 ahli keluargany­a khas untuk menyaksika­n LIMA’19.

Pameran dwitahunan itu memasuki edisi ke-15 sejak kali pertama diperkenal­kan pada 1991 dan EN Projects

(M) Sdn Bhd adalah pengurus acara untuk kali ini.

 ??  ?? MOHD Muzaifa (kanan) bersama pembantu juruterban­g, Leftenen Muda Suhaimi Kamarudin diberi tugasan melakukan demonstras­i menyelamat tebusan. TIGA helikopter dikemudi pilot terlatih dalam melakukan persembaha­n terbaik kepada pengunjung. DEMONSTRAS­I menyelamat tebusan gabungan unit elit sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19).
MOHD Muzaifa (kanan) bersama pembantu juruterban­g, Leftenen Muda Suhaimi Kamarudin diberi tugasan melakukan demonstras­i menyelamat tebusan. TIGA helikopter dikemudi pilot terlatih dalam melakukan persembaha­n terbaik kepada pengunjung. DEMONSTRAS­I menyelamat tebusan gabungan unit elit sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19).
 ??  ?? PENGUNJUNG tetap bersemanga­t menonton pertunjuka­n udara walaupun dalam keadaan panas terik.
PENGUNJUNG tetap bersemanga­t menonton pertunjuka­n udara walaupun dalam keadaan panas terik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia